Kelebihan solat sunat Qabliyah sebelum Subuh
Nak tahu siapa orang yg paling kaya di dunia...? Apabila dia buat solat sunat sebelum subuh 2 rakaat.
Bila dengar azan Subuh, jangan pula terus Solat Subuh, tapi buatlah dulu solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu subuh. Sebab, banyak hadith Nabi tentang kelebihan solat sunat sebelum Subuh ni, antaranya :
1. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak ada satu pun solat sunat yang lebih dijaga Baginda melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh" (Riwayat Muslim)
2. Rasulullah SAW telah bersabda, "Dua Rakaat solat (sunat) sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya" (HR Muslim)
3. Dalam riwayat lainnya menyebut, "Tidaklah Baginda SAW lebih tekun dalam menjaga solat rawatib melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh" (Muttafaqun 'Alayh)
MashaAllah besarnya pahala solat sunat 2 rakaat ni..semoga kita boleh istiqamah lakukannya sebelum solat subuh 🤲🏻
Kedua-dua solat ini adalah sama je 👇🏻
📌 Niat solat sunat Fajar:
Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala
Maksud:
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
📌 Niat Solat Sunat Qabliyyah Subuh;
Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala
Maksud:
Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
Jom kita buat
Aamiin 🌹
Sumber FB
Catat Ulasan
2 Ulasan
Terima kasih atas perkongsian, insyallah boleh cuba nanti
BalasPadamBagus perkongsian ini
BalasPadam