Pengalaman sekeluarga dijangkiti Covid varian Omicron

Assalamualaikum lama tak menaip panjang2 ada masa sikit ni kita menaip la pula ye. 

Nak kongsi sikit pengalaman dijangkiti covid, gejala, kesan kena covid, pengalaman kuarantin di rumah, apa yang perlu dibuat dalam mysejahtera, cara sembuh dan sedikit tips yang lain..

Bermula dengan anak kecil saya yang umur 2 tahun 3 bulan positif disebabkan kontak rapat yang positif, lepas 3 hari barulah kami semua positif. 

Walaupun makan sekali, tidur pun sebilik dengan anak kecil ni lambat juga kami nak positif. Rupanya tidak mudah untuk berjangkit walaupun tinggal 1 rumah.

Bermula dengan anak saya demam, bila test memang positif 2 line yang jelas kelihatan pada test kit tu. Selepas beberapa hari barulah saya, isteri dan anak yang 8 tahun disahkan positif. 

2 jalur yang memang jelas kelihatan. Menurut KKM kalau line ke 2 adalah samar-samar, menang konfirm juga positif


Gejala sebelum positif

Sebenarnya saya dah ada gejala sakit tekak yang ringan beberapa hari sebelum tu. Bila test negatif, kemudian saya alami demam dan masih lagi negatif walaupun anak dah pun positif. 

Esoknya test baru betul2 positif. Mungkin ini kelemahan test kendiri, mungkin juga saya dah positif sebelum tu cuma test kit hasilnya negatif.

Selepas demam barulah sakit bahagian tekak ni memang jadi betul2 rancak rasa sakitnya. Pada bahagian tekak rasa macam ada benda yang melekat je namun demam yang saya alami demam yang biasa dan tidak terlalu teruk. Begitu juga dengan isteri dan anak umur 8 tahun tu cuma demam sehari sahaja. 

Mungkin asbab dah full vaksin dan dah booster, manakala anak saya yang 8 tahun sempat ambil dos 1 vaksin pfizer jadi gejala kami ringan saja cuma anak kecil saya tadi demam 3 hari tapi terkawal dan tiada gejala yang teruk.

Gejala ketika kami positif kami hanya alami :

-Demam biasa
-Batuk ringan yang berterusan
-Bersin
-Sakit tekak (Sakit betul! Selama 2 hari)
-Selsema (saya sahaja)
-Sedikit lenguh badan (gejala yang berlaku kepada isteri sahaja)

Tiada gejala lain seperti sesak nafas, bibir jadi biru, keletihan, tiada hilang deria bau dan rasa, tiada muntah, tiada cirit birit, sakit kepala, dsb.

Disebabkan gejala yang kami alami ringan dan ada menepati ciri-ciri gejala Omicron, maka saya rasa memang betullah ia adalah gejala jangkitan varian Omicron. Kalau Delta ciri-ciri yang jelas adalah seperti demam, hilang deria, sakit kepala dsb.

Cara rawatan covid di rumah

Macam mana nak ubati covid ni kalau kuarantin sendiri di rumah? 

Kami hanya makan ubat demam seperti panadol dan ubat batuk saja serta makanan tambahan seperti vitamin c, minum air lemon campur madu saja. Alhamdulillah semuanya baik2 saja cuma kena habiskan hari kuarantin.

Sebab tu kita kena standby je stok ubat dan makanan tambahan yang lain disebabkan kes sedang naik.

Bagi anak yang belum vaksin, kami pantau demamnya dengan beri makan ubat klinik seperti biasa dan sentiasa lap dahi dan ketiak supaya suhu badan turun dan terkawal. Anak saya tiada demam yang tinggi dan ada selera makan.

Hari pertama positif, bawa ke klinik untuk PCR untuk sahkan...memang positif. Kami yang lain masih negatif

Keadaan anak ketika positif, nak baring dan tidur je tapi alhamdulillah ada je selera makannya


Apa perlu dilakukan dalam MySejahtera bila positif?

Lepas je confirm positif kita perlu buat beberapa perkara dalam MySejahtera iaitu:

- Update dan lapor kes positif dalam MySejahtera
- Disebabkan anak kecil tiada fon, jadi kena add sebagai dependent
- Jawab survey tentang status kesihatan 2 kali sehari
- Jujur lah isi dalam MySejahtera dan patuh hari kuarantin

- Last sekali jangan tipu lapor kes positif dalam MySejahtera! Kena sakit positif betul2 baru tahu hehe sakit2 jangan dibuat main.


MySejahtera yang merah menyala, kena habiskan kuarantin maka status akan jadi complete


Selepas 7 hari makan MySejahtera bertukar dari warna merah ke biru


Berapa hari kena kuarantin?

- Bagi mereka yang dah ada booster perlu kuarantin 7 hari
- Bagi anak yang belum vaksin dan belum lengkap dos, perlu kuarantin 10 hari

Gejala lepas sembuh dan habis kuarantin

Walaupun sekarang sudah sembuh, gejala batuk ringan masih berlanjutan kepada saya dan anak umur 8 tahun.

Jangan risau lepas habis kuarantin anda tak akan menjangkiti orang lain walaupun masih bergejala. 

Anda juga boleh dikatakan kebal sekejap dari dijangkiti untuk sebulan dua macam tu (maaf sekiranya fakta ini salah)


Kesimpulan dan pesanan

- Bila anda tahu anda positif, jangan panik sebab gejalanya semakin ringan tambah lagi bila sudah vaksin. 
- Kena makan ubat seperti biasa disamping menjaga makan
- Pantau betul2 demam anak yang belum vaksin
- Kuarantin betul2 sebab covid ni tetap berbahaya bagi golongan berisiko serta berumur
- Kepada yang belum vaksin pergilah cucuk vaksin ye

Boleh tonton kesan jangkitan Omicron yang berlaku... 


Selamat datang norma lama dan era endemik!

Rasa kekok pula nak hidup dalam norma lama semula ni. Meriah lihat keadaan sekeliling sekarang ni yang penting dah bebas bergerak dan dapat bekerja seperti biasa.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah, gejala ringan sahaja yg melanda asbab vaksin. Semoga diberikan keafiaatan buat CikguZim sekeluarga.. Amiiinnn.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya...x sampai hati tengok anak- anak kecik yang positive...semoga terus sihat buat Cikgu Zim dan keluarga

    BalasPadam
  3. Omicron ni bagi akak tak sekuat delta simptomnya, antara simptom utama batuk, sakit tekak, selsema, demam, sakit badan dan beberapa lain. Masa akak dan suami kene omicron masa positif tu dapat ringan je tapi post covid lagi teruk rasanya. Mujurlah cuma akak dan suami yang kene Aiyan tak positif walaupun lepas suami akak positif kami tak terperap dalam bilik je.

    BalasPadam