Salam Ramadhan 2022
Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan kan, pejam celik pejam celik je dah masuk Ramadhan yang berikutnya.
Jadi marilah kita sama-sama ambil peluang pada Ramadhan ini untuk mohon doa banyak2 dan mohon ampun banyak2. Jom kongsi sikit tazkirah ringkas kelebihab bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan 'tawaran' diampuni dosa-dosa kita.
Tetapi, berapa ramai diluar sana yang masih mengabaikan tawaran tersebut, malah masih membiasakan buat dosa seperti biasa.
Sungguh, amat rugi dan bernasib buruklah mereka yang masih melazimi maksiat di bulan Ramadhan.
Ibnu Rejab al-Hambali mengatakan:
“Tatkala semakin banyak sebab mendapatkan pengampunan dosa di bulan Ramadhan, maka siapa saja yang tidak mendapatkan pengampunan tersebut, sungguh dia benar-benar telah BERNASIB BURUK.”
Begitu juga, Ulama lain mengatakan:
“Siapa sahaja yang tidak diampuni di bulan Ramadhan, maka sungguh di hari lain (di luar Ramadhan), dia pun akan sulit diampuni.”
[Kitab Lathaif al-Ma’arif: Bab Bulan Ramadhan]
Ini kerana keluasan peluang dan rahmat Allah diberi sepenuhnya pada bulan Ramadhan ini. Malah dijanjikan setiap malam Ramadhan, Allah akan bebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka. Itupun kita masih tidak kenang budi dan tidak memanfaatkannya.
Semoga Allah jadikan kita seorang hamba yang bersyukur dan sentiasa mengejar keampunan dari-Nya . Aamien.
Wallahua'lam.
Salam Ramadhan.
Catat Ulasan
2 Ulasan
Setiap Ramadan PC cuba jadikan madrasah yang keras untuk diri PC. Keras supaya betul-betul Ambil peluang perbaiki diri.
BalasPadamBanyak kelebihan bulan ramadan
BalasPadam