Kenapa ramai yang kurus tapi perut buncit & dah turunkan berat tapi perut masih buncit?
Antara sebabnya adalah kerana body fat atau % fat dalam badan masih tinggi.
Macammana nak turunkan body fat dan tak nak jadi skinny fat?
Jangan fokus pada penurunan berat tapi fokus pada memperbaiki komposisi badan.
Macammana nak ubah komposisi badan? Naikkan berat otot. Antara cara untuk naikkan berat otot adalah :
1. Nak naikkan berat otot jadi kena buat senaman bebanan.
2. Jangan buat defisit terlalu besar, defisit terlalu besar banyak hilang berat otot dan otot susah nak terbina jika tak cukup kalori.
3. Makan cukup protein, macamana nak pastikan pengambilan protein cukup. Makan lengkap 3 kali sehari. Saya ulang, LENGKAP. Bila lengkap kena ada lauk. Sebab tu saya tak suka orang breakfast dgn bihun goreng, roti canai, roti dengan peanut butter atau overnight oat. Tak cukup protein! Boleh nak makan, pastikan ada protein. Tapi bila dah tinggi kalori karbo&lemak. Kita konon memjimatkan kalori dengan buang portion protein. Ya salah.
4. Pastikan metabolisme tak jatuh masa proses penurunan berat. Nak pastikan metabolisme tak jatuh, jangan biarkan badan dalam fasa kebuluran(starving).
5. Fokus pada tingkatkan kekuatan (power & strength, hypertrophy) . Jadual balik latihan, kurangkan kardio (bukan kardio tak bagus tapi kita sekarang nak ubah komposisi badan). Kalau tak tahu, dapatkan coach, minta prescribe senaman. Bukan ubat je kena prescribe. Dia tahu macammana nak tingkatkan performance dengan prinsip progressive overload, recovery, adaptation dan lain-lain.
Last sekali lemak tak hilang dengan petua makan epal atau cuka epal. Sedangkan sit up tak mengempiskan perut, apatah lagi teh atau teh hijau walaupun ditambah lemon. Dan berhentilah percaya "11 hari dapatkan perut kempis".
#NASC
Sumber : FB
Perkara baik kita share.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Suka ayat last tu. Sebab pernah TER percaya. Hahaha.
BalasPadamNice sharing.
BalasPadamthanks sharing. ni masalah saya. sampaikan orang ingat perut lepas bersalin padahal anak pun takde.
BalasPadam