Ni nak kongsi sikit kesan suntikan dos booster selepas lebih 2 minggu. Masuk hari ni dah 17 hari dapat dos booster ni.

Lately banyak pula kita dengar cerita tak berapa nak sedap lepas kena booster ni samada kebetulan atau suratan, seram pula kan? Kes myocardistis la, masuk hospital la...seramm.

Semalam DG Hisham dah beritahu siapa yang nak ambil dos booster dan ada penyakit tertentu kena minta nasihat doktor. Kepada mereka yang ada penyakit tapi stabil boleh ambil dos booster.

Petikan dari fb Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Alhamdulillah saya tiada apa masalah penyakit dan sebab kerana eager nak berjalan sana sini dan nak balik kampung, nak tak nak kena ambil juga booster ni untuk keselamatan diri dan orang lain.

Alhamdulillah tiada apa yang serius atau teruk berlaku cuma simptom sama macam dos 1 dan 2 iaitu lenguh tangan dan badan rasa macam nak demam ketika hari ke-2.

Cuma selepas seminggu dos booster ni rasa lenguh pada tangan mula datang lagi. Kadang rasa lenguh dan terik pada leher dan belakang. Dan hingga hari ni dah lebih 2 minggu rasa macam ni.

Disebabkan rasa lenguh ni masih ada jadi saya tak berapa selesa nak buat workout lifting sangat. Nak joging boleh cuma tak boleh berlebihan takut berlarutan lagi rasa lenguh ni.

Samada rasa lenguh ni ada kaitan dengan booster ataupun disebabkan ada sedikit cedera masa workout tak pasti pula.

Terpaksa rehat jap biar lenguh ni betul-betul hilang baru dapat angkat dumbell balik.

Berlari santai-santai pun dapat juga 5km hehe.

Anyway kepada anda yang akan dapatkan suntikan booster ni dalam seminggu tu cuba elakkan aktiviti berat dan lasak. Biar vaksin tu bersebati dengan badan dulu.

Macam mana pula  pengalaman anda lepas suntikan dos booster ni, boleh kongsikan kepada kita?

Apapun, terima kasih kerajaan kerana ia diberi secara percuma sahaja.