Dato Azizulhasni Awang menang pingat perak di Olimpik Tokyo 2020

Sekali lagi negara kita terlepas dapat pingat emas, namun usaha dan tentangan yang baik telah ditunjukkan.

Bukan senang ye nak menghadapi sesuatu situasi dan pressure pertandingan...

Tahniah Dato AzizulHasni Awang atas kemenangan pingat Perak. 

Siapa sangka, Jason Kenny membawa taktikal Senko dalam acara Keirin kali ini, yang jarang jarang diguna pakai oleh pelumba basikal trek. 

Biasanya taktik Makuri dan Oikomi yang diguna pakai.

Taktikal Senko memerlukan pelumba memecut seawal 400-800 meter awal sebelum final lap yang  memerlukan  tenaga dan fitness yang luar biasa.

Melihat Jason Kenny, selepas perlumbaan, terduduk kepenatan. Dengan kelajuan pecutan hampir 80km per jam, memang luar biasa.

Taktikal Makuri adalah pecutan pada 300 meter sebelum final lap dan Oikomi 150 meter pada final lap.

Jason tahu, Dato JiJoe punyai taktikal Makuri dan Oikomi pada henjutan dan pecutan akhir, sebab itulah dia "chow awal awal".

Bukan silap pelumba Australia, semuanya adalah pada taktikal masing masing.

Tahniah sekali lagi, Dato JiJoe, sangat bangga, anak Terengganu di persada dunia, bersaing dengan pasukan dari negara eropah.

Moga Paris 2024,Dato Jijo terus bersaing. Heads Up dan Dont give up Dato!!!

#Anakterengganu

#nelangistenang

#proudofyou

Catat Ulasan

2 Ulasan