Mesti ramai yang tertanya kenapa dalam negara kita ni guna banyak jenis vaksin covid 19 dan kenapa tak guna 1 jenis sahaja dan kenapa tak gunakan vaksin yang paling tinggi effectiveness / keberkesanannya?
Setakat ini beberapa vaksin untuk covid 19 telah dihasilkan iaitu Pfizer, Moderna, Sinovac, Coronavac, Cansino, Astrazeneca dll.
Semua vaksin ini (dari pembacaan saya di internet) telah diuji berkesan dan selamat. Kalau tak selamat dah pastilah penggunaannya tak diluluskan di kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Ada vaksin yang terhasil dari menggunakan virus yang telah dilemahkan, virus yang dah diubahsuai dll supaya dapat dijadikan vaksin. Apa yang membezakan bagi setiap vaksin adalah :
- Negara & syarikat pengeluar
- Kajian terhadap virus
- Harga
- Cara menjaga dan menyimpan vaksin
Fungsi vaksin adalah sama iaitu mencegah dan mengurangkan gejala teruk.
Kita tetap boleh dijangkiti walau divaksin tapi gejala akan dikurangkan. Ia sama macam memakai helmet ketika menunggang motosikal, kalau terjatuh tetap sakit tapi cedera dapat dikurangkan.
Carta beberapa jenis vaksin dan keberkesanannya. Sumber gambar WHO
Kebanyakan vaksin mempunyai keberkesanan yang baik iaitu dari 60 ke 90% berkesan.
Cara menyimpan pula Pfizer lebih rumit iaitu perlu disimpan suhu negatif 70c dan keberkesanannya melawan virus adalah paling tinggi.
Tapi kenapa tak guna 1 vaksin je? Contohnya guna Pfizer sahaja sebab keberkesannya lebih 95%?
Jawapannya sebab stok. Oleh kerana permintaan terhadap Pfizer adalah tinggi, jadi kena dapatkan stok yang banyak. Kalau nak tunggu stok sampai, imuniti kelompok lambat dicapai jadi kerajaan beli bermacam jenis vaksin yang ada di pasaran.
Berbanggalah anda kalau dah disuntik samada vaksin Astrazeneca, Coronavac, Cansino dll tu kerana keberkesanannya untuk melawan virus tetap ada.
Ini video penerangan dari saya tentang perbezaan vaksin di Malaysia :
Jangan percaya dengan dakyah antivaksin yang kata macam-macam pasal vaksin. Setiap vaksin yang dah dihasilkan telah melalui pelbagai tahap ujian klinikal.
Kita dari kecil macam-macam vaksin dah disuntik dalam badan ni.
Vaksin covid 19 terbukti berkesan dan selamat. Tapi..
Macam mana pula keberkesanan vaksin terhadap varian baru terutama varian Delta yang dianggap paling bahaya setakat ni?
Jawapannya adalah tetap juga berkesan walau ada juga dengar tentang perlunya suntik dos ketiga untuk melawan varian Delta ni.
Penerangan tentang vaksin terhadap varian Delta :
Kena cucuk dos ketiga atau dos keempat, tak kiralah asal dapat kehidupan macam dulu seperti biasa. Nak balik kampung, nak pergi melancong, nak pergi kerja, pergi jalan-jalan macam biasa.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Fiza pun dapat vaksin Pfizer.
BalasPadamKita pun Pfizer jugak😁
BalasPadamPC pun Pfizer
BalasPadam