Bahasa Melayu ni unik dan indah. Mempunyai pelbagai maksud samada secara direct atau kiasan.
Di pelbagai negeri pula ada banyak dialek dan loghat. Ada dialek yang sama tapi maksudnya lain. Jom kita lihat apa maksud Bodoh :
1. Bodoh - bangang, bahalol, tongong ( kasar / kemarahan / maki )
2. Bodoh - tak mengerti dan memahami.
“ Bodohnya aku... melepaskanmu”
3. Kita masak bodoh-bodoh je ni. - Simple, biasa-biasa, common, tak ada yang istimewa.
4. Bodoh - menjadi mangsa/ diperbudakkan. ( Eh, kau jangan jadi bodohlah. Dia tu nak perangkap kau je!”
5. Bodoh. Berkaitan loghat. “ kita bodo serta darat” / merendah diri atau kias tidak sehebat orang yang disebutkan itu. “ Yelah, kau sorang jelah yang hebat. Kami bodoh..”
6. Bodoh / bodoh-bodoh - saja buat tak tahu. Saja nak mengelak. Dengan tujuan nak bermanja, meleser dengan orang yang rapat supaya dapat cipta suasana ceria, gelak ketawa, manja-manja.
Bodoh bukan terjemahan ‘stupid’. Luas maknanya.... 😊🙏
Selamat berlapang dada dan kembali mengkaji kiasan dalam berbahasa.
Kredit: Fedtri Yahya

6 Ulasan
Tapi bodoh tu elemen negatif
BalasPadamTak cerdik kalau kita sebut selalu
Tapi tak sesuai seorang motivator guna perkataan bodoh-bodoh sikit... biar apa pun maksud tersiratnya
BalasPadambetul cikgu..maksud bodoh ni..kena nilai dari penggunaan ayat dan bahasa yg dilemparkan..heheee :)
BalasPadamSiapa yang menyebut, siapa yang menyampaikan mempengaruhi situasi. Paling penting, sebelum berdiskusi kena dasari dahulu apa erti bodoh yang sebenar, apa pengertian dan keperluannya. Lazimnya dalam budaya dan tertib orang kita, orang Melayu dan tidak kira apa bangsa juga agama tidak digalakkan sebut perkataan yang kurang baik didengar.
BalasPadamAda pelbagai maksud. Cuma penggunaannya mengikut situasi yang sesuai. 👍
BalasPadamdepend dengan sapa kita nak tujukan ayat tu, tapi sorg boss, yg berkuasa, mmg tak betul lah if guna perkataan bodoh tu tuk org2 sekeliling dia. bukan org kelihatan bodoh sebab dia kata bodoh tapi dia yg kelihatan bodoh sebab memperbodohkan org lain.
BalasPadam