Cara mohon jadi guru, lebih 18000 kekosongan untuk diisi

Lebih 18,000 jawatan guru bakal dibuka! Kepada yang mencari kerja dan berminat jangan lepaskan peluang ni...

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dah maklumkan semalam (20 Jun 2021).

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil sebanyak 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 bagi menyelesaikan isu kekurangan guru dalam negara ni.

Iklan pengambilan khas secara 'one-off' ini akan bermula 7 Julai 2021.

Apa maksud pengambilan guru secara one off ni? Maksudnya ambilan ini diambil dalam jumlah yang banyak untuk sekali sahaja.

Iklan pengambilan jawatan kosong guru bermula 7 Julai 2021. Boleh juga selalu lihat pada web SPP

Penempatan berperingkat adalah bermula Oktober 2021. Harap dapat memenuhi kekosongan terutama di Sabah dan Sarawak.

Matapelajaran yang kritikal kekurangan guru.

4 negeri yang kritikal dan mempunyai banyak kekosongan adalah Selangor, Johor, Sabah san Sarawak.

Memang kita sedia maklum bahawa Sabah dan Sarawak antara yang paling memerlukan guru. Diharapkan anak-anak Sarawak dan Sabah yang mempunyai ijazah sarjana muda tidak melepaskan peluang memohon dan mengisi jawatan ini. 

Ini juga satu berita baik kepada guru-guru semenanjung yang dah lama bertugas di Sabah Sarawak. Ada yang sering gagal dalam mohon pertukaran dalam eg tukar guru walaupun dah lama dan bertahun memohon pindah.

Pengambilan ini mungkin dapat jadikan urusan perpindahan mereka ke kampung halaman dipermudahkan dan dipercepatkan (termasuk saya genap 10 tahun di Sarawak).

Agak pelik apabila guru yang dah lebih 10 tahun masih gagal dalam permohonan pindah dalam eg tukar walau dokumen sokongan mencukupi.

Harap ini adalah berita yang sangat baik ye.


Cara untuk memohon jawatan guru...

Cara memohon akan diumumkan dari semasa ke semasa terutama bermula 7 Julai 2021.

Sekarang standby dan daftar dulu siap2 di SPP iaitu pada link https://myspp.spp.gov.my

Rajin-rajin membaca dan explore web SPP itu syarat dan kelayakan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini lagi. Peluang untuk dipilih agak cerah kerana 18,000 ribu lebih tuu..

Panduan dan penerangan cara isi dan cara mohon jawatan guru boleh rujuk video ini 👇 :
            
Kepada yang dapat jawatan ini nanti, janganlah kau dapat posting ke Sabah atau Sarawak nanti baru 2-3 tahun sibuk mohon nak pindah ya? 

Cari pengalaman dulu, kemudahan di sini semakin hari semakin banyak. Highway tanpa tol Pan Borneo pun dah nak siap dah ni haa comey cantik dah jalan.

Tempek 1 gambar Pan Borneo yang dah nak siap di sini buat adik2 lebih tak sabar nak bertugas di sini.

Terima kasih YB Radzi Jidin atas berita ini.

Cikguzim nak ucap awal-awal ni, selamat datang bakal adik-adik guru junior ke Sabah Sarawak. Tahniah anda terpilih bertugas di sini 😀.

Ameen.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. kalau tak ada degree pendidikan boleh mohon ke cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh, asalkan ada degree..sbb untuk lantikan dg41, msti ada degree tp tak kisah degree apa..mngikut.pemahaman sy lah.

      Padam
  2. Harap ada pelapis baru..berusia dah ni

    BalasPadam
  3. Semoga yang layak tu berjaya mohon jadi guru. Memikul amanah yang diberi dengan penuh ikhlas. InshaAllah.

    BalasPadam
  4. Semoga mereka yang berminat dapat bekerja dalam sektor pendidikan.

    BalasPadam
  5. assalammualaikum cikgu...saya ada 1 soalan...mcm mnn kalau sy dah mmg ada memeohon jawatan DG41 tu di spp dari awal tahun lagi... adakah sy perlu buat permohonan baru...maksud saya, adakag nanti pada 7 julai tersebut, sy perlu batalkan permohonan yg sebelum ni...dan buat permohonan baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy berpendapat kalau dh pernah mohon, info adik ni dh ada dlm sistem..mgkin adik hnya perlu kemaskini sj mklumat tu..tapi untuk kepastian yg lebih tepat, cuba hubungi terus SPP di..

      Talian Hotline mySPP :

      Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020

      Padam
  6. Kalau ada diploma sahaja, boleh apply tak?

    BalasPadam