Trending perkataan Cincau, Tart, Cabai

Perasan tak sekarang ramai guna perkataan 'cincau', 'cabai', 'tart'.

Dan ramai rajin buat pantun tak habis.

Anda tahu tak tu double meaning untuk mencarut..

Nauzubillah...

Ramai yg guna, even sahabat-sahabat perempuan..

Janganlah mcm tu..

Walaupun anda kata anda berlapik, tapi itu lah niat anda kan iaitu nak menc4rut.

Trending perkataan cincau tapi air cincau memang sedap gaiss.

Dari situ juga kita tahu peribadi anda yang anda suka menc4rut.

Anda suka ke dengar orang menc4rut? Kalau budak2 kecik menc4rut anda marah. Tapi ni anda boleh pulak. Bezanya bertaip dan konon berlapik.

Tapi tujuan sebenar menc4rut. Malu sangat saya rasa. Macam mana kalau satu hari nanti, anak kita cakap macam tu. Sbb selalu terbaca di komen atau dengar gurauan tu.

Contoh perbualan anak dgn rakan : ala kau ni, perangai macam.. .. Pergi ke kedai membeli cincau.. Haa kau sambunglah sendiri.

Anda rasa nak lempang tak kalau dengar anak cakap camtu. Anda nak ke anak2 anda bercakap mcm tu.

Sebelum ni nampak macam gurauan je kan?Tapi bila sy tulis contoh perbualan ni, apa anda rasa? Teruk kan?

So nasihat saya, hentikanlah guna kiasan2 menc4rut ni lagi2 perempuan.

Mana adab sopan santun, nilai murni umat Islam anda. 

Lelaki pun sama yang ada isteri, ada anak bini. Yang single belum kahwin pun jaga lah adab.. Malu kalau bakal suami or isteri tengok. Apatah lagi bakal mertua tengok.

Nak menc4rut sorang2 itu hak anda, janganlah paparkan pada umum.

Saya harap ramai dapat kesedaran ni. Dalam bulan baik hari baik ni marilah kita kumpul pahala sebanyak mungkin.

Kredit : Nurul

Sumber dari medsos baru saya tahu, cincau ni berasal dari tumbuhan. Satu ilmu baru.

Ps: Saya dulu masa kecil-kecil kalau ada tersebut perkataan tak sepatutnya memang akan di cili-cili mulut hehe. Love my mom.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. sebolehnya taknak tulis menda macam tu di media sosial.. bayangkan kita mati, orang tengok media sosial kita penuh dengan ayat dan kata2 kesat. aish..malunyaa

    BalasPadam
  2. Kesian cincau yang tak bersalah jadi mangsa

    BalasPadam
  3. akak pun mula ingat kenapa lah asik buat pantun cincau tak habis... bila google2 baru tahu hehehhe...

    tapi udah tua ni malas nak ngikut trend, tahun ni akak tak buat lagi sirap cincau atau bandung cincau sebabkan bulan puasa ni batuk-batuk, dan asyik hujan je jadinya tak berani nak minum yang ada ais...

    BalasPadam
  4. PC tertinggal cerita ni. Aduh.

    BalasPadam
  5. hahahha tetiba teringat semula pasal cincau tu

    BalasPadam
  6. bulan2 pose saya xupdate apa2 status kat media social kecuali berkaitan job sahaja..:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.. saya setuju dengan entri ni. 100% setuju. Saya pun tak suka dengar orang mencarut.. rasa bad vibes walaupun bukan ditujukan utk saya.

    Tapi, sedap pulak nampak cincau tu... SElamat hari raya!

    BalasPadam
  8. Maaf lah...kita memang innocent sikit,berpantun lah cincau ke cabai ke ape ke memang kite tak tau yang diorang tu tengah mencarut😂

    BalasPadam
  9. selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin dari saya sekeluarga :)

    BalasPadam
  10. masih tak paham ape yg dimaksudkan dengan cincau tu

    BalasPadam