Perasan tak sekarang ramai guna perkataan 'cincau', 'cabai', 'tart'.

Dan ramai rajin buat pantun tak habis.

Anda tahu tak tu double meaning untuk mencarut..

Nauzubillah...

Ramai yg guna, even sahabat-sahabat perempuan..

Janganlah mcm tu..

Walaupun anda kata anda berlapik, tapi itu lah niat anda kan iaitu nak menc4rut.

Trending perkataan cincau tapi air cincau memang sedap gaiss.

Dari situ juga kita tahu peribadi anda yang anda suka menc4rut.

Anda suka ke dengar orang menc4rut? Kalau budak2 kecik menc4rut anda marah. Tapi ni anda boleh pulak. Bezanya bertaip dan konon berlapik.

Tapi tujuan sebenar menc4rut. Malu sangat saya rasa. Macam mana kalau satu hari nanti, anak kita cakap macam tu. Sbb selalu terbaca di komen atau dengar gurauan tu.

Contoh perbualan anak dgn rakan : ala kau ni, perangai macam.. .. Pergi ke kedai membeli cincau.. Haa kau sambunglah sendiri.

Anda rasa nak lempang tak kalau dengar anak cakap camtu. Anda nak ke anak2 anda bercakap mcm tu.

Sebelum ni nampak macam gurauan je kan?Tapi bila sy tulis contoh perbualan ni, apa anda rasa? Teruk kan?

So nasihat saya, hentikanlah guna kiasan2 menc4rut ni lagi2 perempuan.

Mana adab sopan santun, nilai murni umat Islam anda. 

Lelaki pun sama yang ada isteri, ada anak bini. Yang single belum kahwin pun jaga lah adab.. Malu kalau bakal suami or isteri tengok. Apatah lagi bakal mertua tengok.

Nak menc4rut sorang2 itu hak anda, janganlah paparkan pada umum.

Saya harap ramai dapat kesedaran ni. Dalam bulan baik hari baik ni marilah kita kumpul pahala sebanyak mungkin.

Kredit : Nurul

Sumber dari medsos baru saya tahu, cincau ni berasal dari tumbuhan. Satu ilmu baru.

Ps: Saya dulu masa kecil-kecil kalau ada tersebut perkataan tak sepatutnya memang akan di cili-cili mulut hehe. Love my mom.