Tempat makan sedap di Temerloh

Lama tak balik temerloh!!! 

Lately bila dah lama tak balik kampung di Temerloh ni, kemudian ada pula orang duk share tempat menarik dan tempat makan menarik kat tempat sendiri ni mulalah rasa lain maciam.

Kat tempat saya tinggal sekarang ni apa pun tiada beshe-beshe jer tak berapa nak kena dengan selera.

Waa nak balik Temerlohhh. Kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah singgah ke tempat-tempat ni. Banyak tempat makan kat Temerloh yang menarik sebenarnya..

Ini bukan penulisan saya sendiri, cuma ambil dari media sosial. Tak salah promote orang dan tempat sendiri. 

Moh ke Temerloh.......

Menu ikan patin adalah menu paling popular di Temerloh. Tapi takkan nak cuba ni je kot...

Antara kedai makan yang sedap kat Temerloh ni yang korang kena cuba. 

1. Warung Selera Timur - Menu Nasi Kerabu dan Nasi Lemak yang di hidang bersama Ayam atau Daging bakar adalah antara menu yang jadi rebutan di sini. Lokasi Batu Empat.

2. Nasi Kukus Mak Buyong - Menu yang terkenal di sini adalah Nasi Kukus Ikan Talapia dan Juga Nasi Lemak pelbagai lauk. Lokasi Batu Empat.

3. Kelapa 88 - Menu coconut shake dan Roti Kacang Pool di sini adalah antara yang terbaik koi pernah cuba. 

4. Chaplin Noodles - Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Goreng Lamb Chop dia memang padu bak kata orang Temerloh. Lokasi kedai di Taman Setia Jasa. 

5. Raja Cucur Udang - Ini cucur udang bukan biasa punya ini raja punya. Kedai ni ada cucur udang yang sedap dan anda boleh pilih sos atau kuah kacang. Lokasi di hadapan BS Temerloh tepi sungai. 

6. HN Station - Kat mana lagi kalau nak makan colek yang sedap dan lazat kalau bukan kat sini. Tengok gambar pon dah tahu. Lokasi kedai ni di Temerloh Jaya gerai Mpt. 

7. Saiful Patin Gulai Masam - Kat sini memang santai wei kalau nak makan sambil nikmati pemandangan tepi sungai. Memang best lah cite dia makanan kat sini pula sedap wei. Lokasi bangau dekat titi gantung tu. 

8. Sotong Kangkung - Kalau aokme minat makanan johor boleh lah try sotong kangkung ni. Lokasi Jalan Bahagia. 

9. Nazan Corner - Ini kalau dengar je nama kedai ni orang tahu dah kedai makan char kuey teaw sedap kat Temerloh ni. Penuh aja orang. Lokasi seberang Temerloh sebelah petronas. 

10. Kedai Abam Sado - dengar je abam sado orang Temerloh tahu dah kat sini terkenal dengan nasi lemak sambal sado. Memang sadokalau makan. - Lokasi depan Hospital Temerloh.

Kredit : fikri

Lokasi lain mungkin ada ramai lagi yang lebih tahu boleh drop pada bahagian komen untuk promosi.

Nak balikk huwaa...

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. sedap2 semua menu... nanti kalau boleh rentas negeri mana tau terjalan ke temerloh boleh cuba cari

    BalasPadam
  2. kalau tersesat kat temerloh nanti bole la singgah...

    BalasPadam
  3. banyak rupanya tempat makan best kat temerloh ni... biasa kome suruh adik belikan sate minang je... sedapppp

    BalasPadam
  4. Sedapnya. Dah lama tak makan kat kedai dan jalan-jalan.

    BalasPadam
  5. Tq.. Sy owner kelapa88.... Insha allah semoga covid ni cepat lah reda.. Para peniaga cuba bertahan... Insha allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...semoga bisnes berkembang maju

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Assalamualaikum...mana² yg gemor mkn takoyaki tu boleh lah jenguk² gerai kome gerai CHEF TAKO Temerloh lokasi di jalan bahagia 34, sebaris dgn Sotong Kangkung yg VIRAL tu...😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..moh2 kita singgah ke gerai CHEF TAKO Temerloh..moga perniagaan bertambah maju

      Padam