Ini mungkin info yang berguna untuk dikongsi bersama. Berkenaan ubat nyamuk jenis lingkaran api, dulu-dulu di kampung selalu je guna ni. 

Jom baca artikel memgenai bahaya selalu guna ubat nyamuk jenis ini. Sekiranya info dari artikel ini tepat, boleh la kita mula berjaga-jaga dari menggunakannya.

Benda baik kita share. Kredit kepada penulis.

Kajian dari seorang professor Universiti Putra Malaysia iaitu Prof Dr Juliana Jalaludin mendapati kalau bakar ubat nyamuk jenis lingkaran ni sebenarnya melepaskan partikel halus yang bersaiz PM2.5  bersamaan 75 hingga 135 batang rokok. 

Kajian tersebut dilakukan sejak 2001 tersebut mengkaji kesan penggunaan ubat nyamuk jenis lingkaran di dalam komuniti di negara kita.

Melalui kajian tersebut dia juga mendapati jika seseorang menggunakan ubat nyamuk jenis ini selama 3 malam berturut-turut akan meningkatkan risiko asma dan juga kesesakan nafas.

Kajian yang dilakukan selama seminggu di komuniti Hulu Langat mendapati pendedahan tersebut akan menyebabkan risiko kahak kronik, penggunaan yang berterusan pula akan menjejaskan fungsi paru paru kanak-kanak yang berusia 7 hingga 11 tahun.

Melalui kajian yang dijalankan tersebut pihak mereka mendapati bahawa seseorang yang terdedah dengan asap ubat nyamuk jenis ni akan meningkatkan risiko kesihatan akut dan kronik seperti asma dan barah dalam masa jangka panjang.

Sumber : https://bit.ly/3fCrCtu (HMetro)

Alhamdulillah dulu-dulu masa kecil di rumah wan sering pakai ni, tiada efek yang teruk. 

Mungkin elok je pakai tapi kedudukan tu biarlah jauh dari tempat tidur dan pengudaraan dijaga dengan baik.