Pengalaman digigit kucing, jangan ambil mudah.

Assalam dan salam Ramadhan.

Nak cite sikit pasal pengalaman saya digigit kucing pada 30 Mac 2021 haritu. Alaa kena gigit kucing pun nak cerita ke? 

Haa ni memang saya nak cerita juga la sikit pengalaman ni dan mungkin penulisan ni agak panjang, lama dah tak tulis panjang-panjang ni.

30 Mac 2021 haritu cuti sekolah, sedang tengok-tengok di luar nampak ada kucing tengah landing bawah kereta so saja nak acah2 dia dengan batu, sekali dia datang boleh pula dia terkam tangan saya tiba-tiba. 

Habis kena gigit dan calar tangan ni. Marah kot sebab dia rasa tertipu batu tu bukan ikan hihi. Aduhh tak pasal berdarah dan memang sakit sangat lah tangan ni kena gigit. Memang gigi taringnya tu rasa terbenam kat tangan, sakit sangat sampi nak gerak pergelangan tangan tu memang sakit sangatlah. Nak genggam sikit sakit, nak angkat botol air sakit, nak ambil wudhuk pun sakit.

Lepas kena tu terus cuci dengan air dan sapu minyak gamat. Walaupun bahagian kena gigitan tu tak berdarah sangat tapi bahagian tu la paling sakit sebab kena gigi taringnya. Petang tu memang dah bengkak macam kena sengat tebuan.

Lepas dah cuci luka semua tu terus sapu minyak gamat. Waktu ni baru nak jadi bengkak. Yang berlubang tu laa paling sakit huhu.

Lepas tu mula la nak google sikit pasal gigitan kucing ni sebab memang pernah dengar pasal gigitan kucing ni sebenarnya bahaya. Yes, memang bahaya sebenarnya gigitan kucing ni sebab dulu pernah dengar mak cerita ada orang kampung saya dulu2 ada yang sampai kena potong tangan sebab luka digigit kucing akibat nak meleraikan kucing kelahi.

Bila google punya google memang jelas banyak entri dan pos pasal gigitan kucing ni memang sangat bahaya, ada yang kena jangkitan kuman, kena operate, kena potong tangan, kena rabies (yang ni paling bahaya), dll. 

Boleh baca cerita di SINI tentang luka teruk sebab gigitan kucing yang hampir membawa maut. Bila baca macam-macam cerita ni mula la rasa tak sedap hati, elok tak demam rasa macam nak demam, malam tu juga pergi klinik.

Sampai klinik je org klinik cakap kalau gigitan anjing/kucing ni kena refer terus hospital. Gulpp, memang betul bahaya ye gigitan ni sampai kena refer hospital.

Sampai hospital 8pm doktor cuci dengan pembasmi kuman/ iodin kalau tak silap saya cecair warna oren tu. Dan saya diberi suntikan anti tetanus. Suntikan ni penting untuk cegah jangkitan kuman. Kalau sesiapa yang ada luka-luka dalam, kena besi karat, kemalangan ke memang perlu suntikan ni untuk elak luka kena septic dan elak kancing gigi.

Esoknya kena datang lagi hospital bahagian spesialist klinik gigitan anjing dan kucing sebab doktor nak tanya beberapa soalan berkenaan kucing tu. Katanya kawasan daerah saya duduk ni kawasan rabies, walaupun peratusan jangkitan rabies di sini rendah tapi perlu berjaga-jaga. Yang paling tak menyedapkan hati, kampung sebelah ada kes rabies. Anda boleh google tentang bahayanya rabies.

Doktor pesan kena cari tuan punya kucing dan pastikan kucing tu dikurung 2 minggu untuk pastikan ia tak bergejala apa-apa. Andai kata kucing tu hilang atau mati, susah nanti. Mungkin saya kena 6 suntikan doktor kata. Nasib kucing ni bertuan dan tuannya faham. Yang paling melegakan bila tuannya cakap kucing ni memang dh diberi vaksin. Kucingnya ni memang garang sikit maklum la dia abam long kawasan huhu. Memang lega sangat la sebab rabies ni memang sgt bahaya, lagi bahaya dari si covid. 

Tamat 2 minggu memang kucing tu sihat-sihat je cuma kesan luka dan sakit tu dekat seminggu juga baru hilang. 

Ni kesan gigitan hari ke 2, masih bengkak dan memang sakit

Hari ke 3. Dalam gambar macam tak nampak sangat bengkaknya tapi memang bengkak dan masih sakit.

Hari ke 4 pun masih sakit

Hari ke 5 baru ada tanda bengkak tu dah surut sikit.

Ini video sebaik saja digigit kucing :


Jadi di sini nak kongsi beberapa tips dan langkah bila terkena gigitan kucing ni :

- Lepas digigit atau dicakar, teruk atau tak teruk mesti basuh dengan air bersih dan sabun seeloknya sabun dettol dalam 15 minit untuk bersihkan kuman.

Gigi kucing ni dipenuhi bakteria dan kuman serta mempunyai racun sebab tu kalau kucing lawan ular kucing biasanya menang.

- Sapu minyak gamat tak berapa digalakkan, minyak gamat untuk luka-luka kecil sahaja. 

- Kena pantau kucing yang menggigit tu. Sebab tu lepas kena gigit kena pastikan kucing dikurung 2 minggu. Kucing pula kena kuarantin 2 minggu ye 🤭

Kuarantin ni penting sebab untuk pantau kucing samada ada gejala rabies atau tidak memandangkan Malaysia ni sudah ada jangkitan rabies. Kucing rabies akan mati dalam masa 10 hingga 14 hari jangkitan.

- Terus pergi ke hospital untuk cuci luka dan dapatkan suntikan anti tetanus. Kalau luka lebih teruk mungkin doktor bagi antibiotik.

- Kalau ada demam, kebas pada luka gigitan kucing tu cepat2 follow up ke hospital.

Haa itu lah dia al kisahnya cerita kena gigit kucing. Macam tak pernah kena gigit je sebelum ni kan? Dah biasa dah dulu-dulu tapi yang ni laa agak teruk sikit hehe.

Haa ini dia kucennya. Gambar seminggu sebelum kejadian huhu

Nasib baik waktu ni dia baik, kalau diserangnya adik Mateen kan haru dibuatnya huhu..

Abam long kawasan, dulu ada oyen kat sini. Tapi si oyen tu lama tak nampak, dia ni la jadi abam long kawasan.

So kucen ni tak salah apa-apa, tuan dia lagi la tak bersalah. Yang salahnya jangan tegur kucing yang tengah moody hehe.

Namun kena ingat, semanja-manja kucing, gigitan mereka ni bahaya dan segera dapatkan rawatan.

Salam Ramadhan 2021.

#sayangiKucing❤

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sakitnya kena gigit kucing! Takut pula kalau terkena jangkitan kuman. Terima kasih kongsi info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakit sgt, gigi taringnya tembus dlm daging mujur xkena tulang

      Padam
  2. alhamdulilah sib dah sembuh. hari tu bapa pun teruk kena gigit sebab leraikan kucing kita gaduh, kena pi spital jirus air 7 liter dan byk kali kena follow up risau rabies. sib kucing tu mmg kucing dlm rmh, takda jln2 kluar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kucing bergaduh ni lebih bahaya juga sbb memang air liur dia dlm mode keluarkan racun..kucing rabies akn mati dlm 10-14 hari, nasib bukan rabies sbb kucing tu sihat walafiat sj skrg.

      Padam
  3. Allahuakbar. Kadang yang nampak kecil itu yang beri kesan besar. Gigitan kucing ni kecil je tapi dia punya sakit dan kesan tu. MasyaAllah. Kena hati-hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ada sesetengah tu gigitan kucing tak berdarah pun tapi sebab kuman dah masuk dalam badan tu jd teruk.

      Padam
  4. Gigitan kucing memang sakit sebab ada bisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dia gigit kita masa memang sedang marah(mode berkelahi) mmg bahaya, byk bisa gigi kucing time tu

      Padam
  5. bahaya rupanya gigitan kucing ni, ingatkan biasa2 saja. so far tak pernh kene gigit lagi, sekadar kene cakar tu ade ler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, gigi kucing ada bakteria dan kuman. Kalau masuk dalam badan dan lambat dirawat di hospital jadi bahaya.

      Padam
  6. Baru saya tahu.. bahaya rupanya gigitan dan cakaran kucing ini.. tq cikgu atas perkongsian ini..

    BalasPadam