Trafik dalam trend menaik

Bismillah..

Trend covid di Malaysia yang memuncak sejak awal tahun ni ada menunjukkan trend positif iaitu menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari ni.

Itu pasal covid harap terus turun dan turun. Dicampur dengan asbab vaksin nanti, harap covid lenyap terus...aamen.

Itu pasal covid, tapi post kali ni nak tulis pasal trafik blog ni. Sejak awal Januari 2021 menunjukkan trend yang menaik. Walaupun slow dan steady ada juga la menunjukkan trafik terus menaik hingga hari ni 16/2/2021 😁

Itu yang seronok sikit ni.

Skrinshot trafik blog dari Histats sejak 1 Januari 2021.

Sekarang masih menanti cecah 1k visitor sehari secara purata walaupun dalam bulan Februari ni blog jarang update secara harian.

PV pula terus maintain 60k. Boleh ke tak ni cecah 100k sebulan tahun ni? 


PV (pageviews)


Saya lihat banyak trafik datang dari post2 yang dah bertahun lama usianya dan ada beberapa post yang saya linkkan dari Youtube channel saya. Ini merancakkan lagi trafik dari Youtube ke Blog dan menaikkan trafik Blog ke Youtube.

Trafik yang datang dari post2 jenis evergreen seperti tips kesihatan, fitness, tips kurus, tutorial, menu masakan adalah lebih steady dan terus meningkat berbanding post yang trending dengan isu semasa.

Post yang dicari dalam last 24 hours.

Dari kesimpulan yang saya dapat, untuk menaikkan trafik blog:

1- Buat post jenis evergreen seperti cara untuk, bagaimana untuk dll yang lebih kepada 'how to'

2- Konsisten buat post paling kurang pun sekali seminggu dah cukup.

3- Tulis guna tulisan semdiri dan bukan copy paste dari sana sini seperti dari medsos.

4- Buat interchange link dengan web lain contoh macam saya exchange link dengan Youtube Channel saya sendiri.

Walaubagaimanapun, trafik saya ni biasa-biasa je berbanding blogger lain di luar sana. Saya berkongsi sebab ada beberapa orang yang bertanya. Saya cuma kongsi ilmu yang tak seberapa dalam blog yang cuma bertaraf suku time ini.

Terima kasih pengunjung blog.

P/S : Jom lawat dan subscribe Youtube Channel baru saya yang ini yang cuma berfokus pada Pdp/Pdpr.

Baru 2 minggu usianya. Subscribe tau!


Catat Ulasan

2 Ulasan