PKP 2021 kita akan berjaya lagi sekali
Kita akan berjaya lagi sekali melandaikan kes Covid 19, insyaallah...
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.
Kita dah pernah berjaya PKP 2020, PKP 2021 akan berjaya lagi insyaAllah. Politik letak tepi, yang suka jalan-jalan merata tu pergi duk tepi-tepi.
Ini bukan cobaan atau konspirasi, ini betul-betul punyaaa ya.
Jom baca ringkasan PKP kali ni :
𝗣𝗞𝗣 (𝗠𝗖𝗢) selama 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka dan Sabah. - PM
𝗣𝗞𝗣𝗕 (𝗖𝗠𝗖𝗢) di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
𝗣𝗞𝗣𝗣 (𝗥𝗠𝗖𝗢) di Perlis dan Sarawak.
Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di negeri PKP. Negeri PKPB dan PKPP, pergerakan negeri tidak dibenarkan.
Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama. (Negeri PKP)
Hanya 30% pekerja dlm kumpulan pengurusan dibenarkan bekerja di pejabat (Negeri PKP).
Secara ringkas : Rentas negeri tak dibenarkan. Rantas daerah di negeri PKP tidak dibenarkan.
Stay safe...
Catat Ulasan
1 Ulasan
Harap2 kes jangkitan covid dapat disifarkan
BalasPadam