Agong berkenan laksana proklamasi darurat

Setelah memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki bin Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Haji Affendi bin Buang...

Maka dengan ini Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu. 

Perkenan ini turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara. 

Ianya juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.


Alamak! Darurat, perlu panik ke? Apa yang berlaku bila negara diisytihar darurat?

Rakyat tak perlu panik, ini bukan perintah berkurung atau pemerintahan tentera. Aktiviti rakyat macam biasa, parlimen digantung, usaha memerangi covid dapat difokuskan tanpa gangguan ahli politik (harap-harap lah).

Tiada pilihanraya sepanjang tempoh darurat dengan mengambil iktibar dari pilihanraya Sabah.

Orang politik, please fokus bela rakyat...

P/S : Penat dengan politik semasa.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Apa sahaja langkah yang dilakukan, semua mesti ada rasa kesedaran pada diri masing-masing. Moga ini bukan satu yang sia-sialah.

    BalasPadam
  2. sekarang bukan masa untuk berpolitik,sekarang masa melawan covid,Kita Mesti Menang =)

    BalasPadam
  3. Alhamduillah Kuasa Mutlak Agong sangat berguna waktu sekarang. Yang rakyat kena sentiasa sabar kerana covid akan hilang dengan izinnya ( Allah)

    BalasPadam
  4. Ayat dalam poster tu memang makan dalam hehe

    BalasPadam