Nuffnang wujud lagi rupanya..

Bertahun kot tak buka web Nuffnang ni. Baru buka semalam saja nak cek update terbaru dari website Nuffnang ni.

Ingatkan dah tak wujud lagi rupanya sebab iklannya hanya macam di bawah ni :

Saya perasan masih banyak blogger yang memasang Nuffnang tapi iklan yang 1 ni jer yang keluar. Nuffnang saya hanya pasang pada blog-blog saya yang lain.  

Ada juga saya update blog-blog lain ni tapi iklan tetap tak berapa nak muncul, tak macam dulu ligat dengan iklan Celcom, Samsung, Digi, AirAsia dll.

Apa itu Nuffnang? 

Ringkasnya dia adalah periklanan macam Innity, Mgid, Adsense yang keluar dalam blog. Tapi ia fokus pada blog di Asia saja. Nak ringkas lagi, Nuffnang ni adalah income dari iklan.

Satu ketika dulu iaitu 10 tahun lepas Nuffnang memang popular di kalangan blogger ni. Saya pun tak ketinggalan sampai tak pernah miss tiap bulan dapat payment. Kadang 3 angka sebulan pun ada selama beberapa tahun. 

Cukuplah buat bayar bil internet dan buat duit minyak.

Yang bestnya Nuffnang ni senang je mohon dan tak banyak kerenah untuk lulus sebab dia tak menitikberatkan trafik asalkan anda seorang blogger. 

Ada blogger-blogger famous zaman dulu tu (boleh google sendiri siapa) sampai dapat ribu2 dan belas ribu incomenya. Mana pergi agaknya diorang sekarang ni mungkin dah beralih ke medsos.

Memang masyuk time dulu kala. Sekarang ni Nuffnang macam wujud tak wujud, nape ek? Suatu kenangan manis yang abadi hahaha...

Buffered earning (BE), Geli2 (Glitterati) CTR, CPC, CPUV dan entah apa istilah lagi waktu tu memang ramai orang berlumba nak berblog dan daftar Nuffnang. Bila ada BE yang running dalam blog memang syok sangat waktu tu sebab income yang ciput akan menjadi double.

Waktu tu adsense belum support blog Bahasa Melayu. Ditambah lagi dengan wujud pulak Churp-Churp iaitu adik kepada Nuffnang ni yang guna konsep yang sama. 

Tapi sayang sekali Nuffnang ni macam ada.... err macam mana nak cakap ek..pilih kasih sikit pada blogger. Ramai blogger kata Nuffnang ni pilih bulu. Ada yang dapat lebih ada dapat ciput walaupun visitor tinggi. Ok, tak mahu komen lebih pasal ni.

Saya cek di websitenya semalam rupanya ada juga iklan yang running itu pun kali terakhir Oktober tahun 2020 setelah lama menyepi...

Wujud lagi iklannya pada tahun 2020 setelah lama menyepi haha lepas tu sunyi sepi kembali..........TITIK.

Mana periklanan yang bagus sekarang ni iaitu pada tahun 2021 ni?

Jawapannya of course la Google Adsense. Jika anda seorang blogger yang ada blog dengan trafik yang tinggi, daftar lah dengan Google Adsense kerana bayarannya lebih tinggi. Letak 1 ja kerana kualiti lebih baik dari kuantiti.

Kalau berlaku PKP lagi sekali, saya yakin trafik dan income lagi jadi tinggi. Saya harap rakan-rakan blogger dapat menjana pendapatan yang konsisten dengan blog. 


Kalau ada pula yang berniaga @ menjual barang dan promote dengan blog, dah ada free marketing di situ. Income jualan dapat, income iklan pun dapat 😀

Tidak dinafikan, berblog memang mendatangkan hasil dari segi pahala dan income yang lumayan..

Berbalik kepada Nuffnang tadi..kalau ada iklan Nuffnang yang running lagi, saya hanya perlu beberapa ringgit je lagi untuk cashout yang seterusnya setelah beberapa tahun stuck di situ adoii. Haha.

Happy blogging!



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Yup last year ada jugak iklan yang on going. Tahun ni Tak taula ada ke Tak? Fiza still letak nuffnang di blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gunanya juga letak Nuff ni, kita boleh cek unique visit dan keyword di blog.

      Padam
  2. kenapalah google adsense tak luluskan permohonan awak lagi...Kecewa sungguh

    BalasPadam
  3. dah lama tk check nuffnang..

    BalasPadam
  4. nuffnang skarang tk mcm dlu2...dlu2 cpt je bole cash out...merasa la dpt cek payament lebih dr 10kali tp skarang kalo tgk amount tu sedih nk tgu bole cash out...dlu ada event dr nuffnang mmg best la...

    BalasPadam
  5. sama laa.. sy penah check sblm ni URL nya jd lain. bukan Nuffnang. selang beberapa bln, check.lg. br dpt msk. ms tu mmg xde iklan yg running. ca tertanya2 knape diorg mcm x aktif lg

    BalasPadam
  6. Tk berjodoh saya dengan nuffnang ni. Adsense pun sendu nak naik. Kena tingkatkan usaha. Harap pkp ni ramai baca blog walaupun dunia blog tak meriah macam dulu

    BalasPadam
  7. Tulahh.. Sedih betul dgn nuffnang sekarang. Kalau dulu2 iklab nuffnang yg menari2 di blog mmg boleh jadi sumber motivasi juga secara tak langsung. Sekrg ni dpt tgk unique visit je tapi iklan langsung tak sangkut :p

    BalasPadam