Banjir besar Pahang tahun 1971, 2014, 2021

Sering kita dengar bila masuk musim banjir orang akan sebut-sebut dan mengharap supaya banjir yang berlaku tak seteruk banjir 1971. 

Teruk sangat ke banjir 1971? 

Pada 1971, berlaku banjir besar Malaysia yang hampir melumpuhkan negara. Negeri paling terjejas Pahang diikuti Johor pada tahun tersebut. Tak terkecuali Kuala Lumpur pun banyak tempat yang tenggelam.

Info sumber Wikipedia : Banjir Kuala Lumpur 1971 ialah bencana banjir kilat utama di Malaysia yang berlaku pada Januari 1971. Banjir ini ialah hasil daripada hujan lebat, yang melanda Klang, Batu, dan sungai-sungai Gombak. 32 orang telah terbunuh dan 180,000 orang terjejas. Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Abdul Razak mengisytiharkan keadaan bencana negara (darurat) di Barat Malaysia.

Banjir atau 'bah besar' tersebut merupakan yang paling teruk di negara ini sejak tahun 1926. Hasil daripada banjir berkenaan, Program Tebatan Banjir Kuala Lumpur telah ditubuhkan. (Sumber : Wikipedia)

Orang selalu akan sebut kalau berlaku banjir harap jangan la berlaku macam tahun 1971 sebab banjir tu adalah sangat dahsyat yang banyak meninggalkan kenangan dekat mak, ayah, tok wan kita dulu. Katanya hujan  lebat turun tanpa berhenti 7 hari 7 malam.

Kampung saya di Temerloh Pahang pun  tak terkecuali bila banjir tu selalu disebut oleh mak dan wan tentang pengalaman mereka terpaksa pindah ke tempat tinggi dalam hutan. Masa tu mana ada telefon dan internet berbanding sekarang bantuan mudah dan cepat sampai.

Orang kata Sultan Pahang waktu tu ada turun membantu dan botnya dilapor hampir karam akibat banjir tu. Namun ini berita yang orang-orang cerita sahih atau tak wallahuaklam.

Arwah ayah pun pernah kata banjir besar ni biasa berlaku selang 30-40 tahun. Ade betul juga ni.


Gambar sumber FB

Selepas 1971, antara banjir yang saya pernah lalui dan lihat berlaku di Pahang adalah banjir tahun 2007.

Pada 2007 ni rumah di kampung tak kena tapi ada beberapa tempat lain terjejas teruk menyamai banjir tahun 1971.

Dan 1 lagi banjir besar yang pernah berlaku dan paling diingati adalah pada tahun 2014 yang mana negeri Kelantan pun sangat teruk keba banjir. Kebanyakan tempat di Temerloh tenggelam dan betul-betul menyamai peristiwa bah besar banjir 1971 di Pahang.

Peristiwa banjir 2014/2015 ni antara peristiwa banjir besar yang akan dikenang dan diceritakan kepada anak cucu nanti.

Boleh baca tentang : Peristiwa Banjir Besar Pahang 1971 VS 2014

Dan hari ini pada tahun 2021 sekali lagi banjir teruk melanda. Bandar Maran mula-mula paling teruk dilanda banjir yang tak pernah-pernah kena sebelum ni diikuti Temerloh. 

Jalan-jalan utama dan laluan highway berdekatan kebanyakan habis ampuh dan tenggelam. Banyak tempat dah terputus hubungan.

Lihat juga : Gambar Banjir Besar 2014

Bandar Temerloh kini umpama pulau yang mana jalan sekitarnya dah tenggelam dan ampuh. Pray for Pantai Timur. 

Gambar banjir Temerloh

Sekali lagi signboard Temerloh tenggelam separuh menyamai peristiwa banjir besar 2014/ 2015.

Jalan bandar Temerloh banjirrrr

Klinik Kesihatan Temerloh, memang klinik ni terletak di tepi sungai Pahang

Stadiun Temerloh automatik jadi kolam renang

Gambar dekat stesen bas lama Temerloh

Tapak pekan sari Temerloh ampuh banjir.
Gambar banjir Temerloh Pahang 2021 pada 8/1/2021. Sumber : FB

Kebetulan pada tahun 2021 ni kalendar 1971 dan 2021 sama kedudukan tarikh hari nya. Harap ia kebetulan saja dan tak membawa erti apa-apa.

Hashtag : #banjirbesarpahang #banjir1971 #banjir 2014 #bahbesar1971 #banjirpahang #banjir2021

Banjir besar Pahang tahun 1971, 2014, 2021 Banjir besar Pahang tahun 1971, 2014, 2021 Reviewed by cikguzim on 9.1.21 Rating: 5

9 ulasan:

  1. sy ingat lagi banjir besar tahun 2014.. tak sangka dah lama berlalu dan melanda lagi tahun ini huhu.. semoga ALLAH lindungi kita semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu 2014 sy tidak berada di kampung..keadaan mencemaskan dgn cuma mendengar update2 terbaru dari sana..Alhamdulillah semua ok

      Padam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir tahun ni. aamiin

    BalasPadam
  3. Sedih melihat keadaan semasa. Keluarga kawan PC ada yang terlibat dengan banjir juga. Allahu. Moga mereka terus sabar dan tabah. Kita jangan berhenti mendoakan agar semua ini segera berakhir.

    BalasPadam
  4. Walaupun kawasan rumah sy selamat, tapi risau dengan perjalanan pergi dan balik kerja, ni tadi pagi pun hujan lebat beno

    BalasPadam
  5. semoga selamat lah semua hendaknya

    BalasPadam
  6. Semoga semua selamat. DAn kembali seperti biasa.

    BalasPadam
  7. xtau nk bandingkan mn 1 yg lbh teruk. thn 2014 atau skrg. tp harap2 mereka yg terjejas selamat dan byk bantuan akan menyusul slps ini

    BalasPadam
  8. 2014 tu memang teruk kan. Teringat stadium Kota Bahru tenggelam. Semoga banjir kali ni cepat suruh. Mana dengan covid lagi. Memang dugaan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.