Kelebihan joging dan bersenam awal pagi

Assalamualaikum dan salam hari minggu semua. Hari ini baru berkesempatan nak buat larian long run setelah beberapa hari tertangguh dan ditangguh. 

Well memang dah bersedia tidur awal semalam untuk bangun awal pagi ni untukjoging, tapi hujan renyai pula. Jam 7.00 pagi hujan berhenti dan dapatlah buat 5.3 km pagi ni.

Segar melihat udara pagi di tepian sungai gaiss.

Ini kira 'long' run lah kot sebagai larian jauh yang pertama tahun 2021. Sasaran nak buat 7km tak sempat sebab dah hujan renyai semula terpaksa balik rumah.

Best joging awal pagi.

Waktu pagi paling best joging sambil hirup udara segar dan dipenuhi kabus, kalau lari tu memang tak terasa sangat. Perut pun masih kosong cuma minum kopi sebagai pembekal tenaga dan jadi bahan bakar lemak paling efektif.

Awal pagi terasa ringan je badan. Sambil lari sambil pantau heart rate bawah 160 supaya elak lelah, lama dah tak buat long run ni.

Dengan bantuan smartwatch, saya pantau heart larian untuk hari ni supaya tak lebih 160. Biar slow asalkan sampai ke sasaran.

Antara sebab joging awal pagi ni bagus :

- Otak dan badan masih fresh. Rasa segar dan mood baik je.

- Membakar lebih lemak, make sure jangan makan or makan sikit je dulu. Kalau saya, saya buat karbo loading dulu malam tu.

- Rasa bertenaga nak buat aktiviti sepanjang hari tu.

- Lari waktu pagi tak serabut dengan orang ramai. Ramai yang tengah lena.

- Bila dah berlari akan rasa segar badan serta dapat mengelakkan bermalas-malasan.

- Dapat vitamin D percuma. Cahaya matahari awal pagi memang bagus untuk kulit. Nanti takde la bila kena matahari sikit-sikit rasa nak demam.

- Tidur malam lagi lena. Yelah lepas berlari dan segar 1 hari mestilah rasa nak tidur awal pulak kan.

Tips bersenam awal pagi

Jika kita nak mencuba bersenam awal pagi dengan perut kosong, berikut adalah beberapa tips yang boleh kita ikuti. Tips ini adalah dari Hello Doktor : 

1) Persiapkan diri daripada malam sebelumnya – bangun pagi dipengaruhi oleh jam biologi dan waktu tidur, jadi jika nak bersenam pagi, cukupkan keperluan waktu tidur.

2) Buat senaman yang sesuai dengan kita. Jika baru bermula, cubalah dengan senaman berintensiti rendah seperti jalan pagi atau slow jogging.

3) Minum cukup air – minumlah sekitar setengah hingga satu liter air mineral sebelum dan selepas bersenam. Disarankan untuk mencukupkan keperluan air ini sekitar 2 atau 3 jam sebelum bersenam.

4) Berhenti bila penat dan makan bila-bila masa yang anda suka – jika anda berasa kepenatan atau lapar, berhentilah bersenam untuk mencegah penyusutan otot.

5) Cukupkan pengambilan nutrien setelah bersenam – hal ini perlu dilakukan dalam jangka waktu maksimum 45 minit setelah anda bersenam, tanpa mengira anda telah atau belum bersarapan sebelumnya. Namun jangan hanya mengambil karbohidrat, kerana pengambilan proteinlah yang harus diperbanyakkan. (Sumber artikel : Hello Doktor)

Tips elak sakit badan bila berlari

Bila dah berlari hari ni biasanya mesti esok bangun tidur sakit-sakit badan, kan?

Itu sebab kita tak buat sikit warming up dan streching. Buat sikit-sikit je stretching dan baru lari bila badan dah rasa panas-panas gitu.

Alaa tips ni semua orang tahu kan, tapi ramai tak buat. Bila dah sakit badan terus tinggal bersenam betul tak.

Sentiasa link larian ke Apps 

Bila dah lari mesti sukat jarak larian dengan smartwatch, rugilah tak sync ke apps contohnya ke apps Strava supaya boleh track berapa jarak dah lari baru lagi seronok untuk hadap kilometer seterusnya.

Cuma sekarang ni Strava ni macam bermasalah sikit. Dah buat lari beberapa kali baru dia nak sync. Tak tahu apa masalahnya Strava sekarang ni.

Sekali sync, larian yang lepas2 baru dia bagi masuk. Strava problem ke sekarang ek. Tapi apps ni memang berguna, malas nak tukar lain.

Mission done and recorded ! Jom pi makan nasi lemak lak. 


Memang seronok perasaan joging awal pagi ni, rasa puas hati. Selamat tinggal lemak-lemak. Pergilah menginap kat badan orang yang sedang lena itteww hehe.

Seperkara lagi untuk lebih efektif bakar lemak sambil bina otot, boleh selang selikan larian dengan senaman body weight seperti pumping dan squat. Tak perlulah pergi ke gym atau join kelas zumba dah.

Ini dapat menjadikan postur badan lebih cantik. Sebab kalau berlari semata-mata memang cutting badan hanya nampak kurus semata.

Jom lihat video teknik dan cara berlari perlahan yang menjaga heart rate jantung dengan baik. Kita tak boleh lari laju setiap hari yang mana ia akan membebankan jantung. Teknik larian MAF :
 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Seronok dapat bersenam selalu. Saya pula lebih selesa bersenam waktu petang. Apapun, teruskan bersenam.

    BalasPadam
  2. saya pon lebih selesa bersenam waktu petang.

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam. terima kasih tips larian nya cikgu. Enjoy bila baca eheh. Nak tanya cikgu akan lari sebelah petang jg ka selepas larian waktu pagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pagi dah joging biasanya petang cuma rehat, begitu juga esoknya supaya dapat recovery otot dan tisu badan..tapi saya sendiri memang jarang dapat joging waktu awal pagi

      Padam