Pengunci laci child lock, tidak perlu risau lagi!

Barang yang diorder dah sampai. Dari mana lagi kalau bukan dari Shopee.

Kali ni saya beli pengunci laci baby safety drawer lock atau child lock safety. Apa nama spesifik benda ni kurang pasti tapi gunanya untuk lock laci meja dari dibuka oleh baby.

Memandangkan anak saya ni dah 1 tahun lebih dan sel otak semakin berkembang, semua benda nak di explore dan dibukanya termasuk peti sejuk, almari, laci meja dsb hee. So child lock ni adalah pilihan yang mudah dan selamat untuk diguna. 

Bentuknya L shape, senang pasang dan melekat kuat. Ini gambar yang di save dari seller. Harganya murah rm1.50 lebih. Tak ingat pula nama kedainya tapi harga lebih kurang 1.50 gitu la.



Senang dan mudah je nak lekat benda ni. Boleh lekat pada laci, peti sejuk, almari kalau takde kunci. Selamat dari gangguan baby. Ye la kat dalam tu banyak benda-benda kecik kan.

Ini gambar yang saya dah lekat pada meja tv. Lupa pulak nak buat unboxing video nak letak kat youtube channel ye. Very easy to install and reliable to use.

Sangat sesuai pasang kalau rumah ada anak-anak kecik.


Nampak kemas lepas dipasang. Makin banyak pasang makin kukuh, baby pun putus asa nak buka.

Hanya mampu melihat, tidak mampu dikacau lagi heheheh

Kepada ibu-bapa yang pening macam mana nak atasi baby dari suka buka-membuka laci ni bolehlah cuba. Recommended 😁


Pengunci laci child lock, tidak perlu risau lagi! Pengunci laci child lock, tidak perlu risau lagi! Reviewed by cikguzim on 23.1.21 Rating: 5

1 ulasan:

  1. mmg perlu benda ni kalau ade anak kecik. semua bende dia nak explore...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.