Genap 10 tahun di 'oversea'

Dari Januari 2011, hingga hari ini dah Januari 2021.

Genap 10 tahun, wow lamanya. 2 3 tahun pun kira lama tapi ni dah pun masuk 10 tahun.

Timing dan sasaran nak duduk sini dalam 5 tahun je tapi tersasar sampai masuk tahun ke 10 la pula dan mungkin lebih lagi.

Gambar 1st masa datang Sarawak Januari 2011. Waktu ni tak wujud lagi Jambatan Darul Hana di belakang nun.

Kuching Waterfront hari ini setakat entri ni ditulis, selepas 10 tahun. Belakang dah wujud Jambatan Darul Hana.

Teringat masa mula datang dulu; pertama kali naik flight, pertama kali datang Sarawak, pertama kali pergi menetap tempat yang jaraknya jauh beribu kilometer dari tempat sendiri. 

Ala dalam Malaysia juga pun cuma jauh je. Terpisah dengan laut je. Semuanya ok saja di sini.

Tapi untung orang yang posting kerja ke Sabah Sarawak sekarang ni, banyak kemudahan dah ada. Jambatan-jambatan in progress, highway pan borneo dah nak siap, hospital, kemudahan asas yang lain-lain tu banyak upgraded dah. Tempat menarik banyak wujud dah, nak cari makanan sedal macam-macam ada dah.

Dulu nyaris nak tolak tawaran jadi cikgu ni sebab dah dapat kerja yang agak ok dengan gaji waktu tu sebagai fresh grad. Lepas tu rasa tak sedap bila dengar bunyi perkataan 'posting pedalaman' haha. Tapi demi masa depan yang lebih cerah pergi juga last minit.

Dulu datang seorang sekarang dah berempat. Syukur alhamdulillah.

10 tahun menabur bakti dan mencari rezki di rantau orang. Bukan taknak pindah tapi belum bersedia maklum la suami isteri kerja lain-lain bidang. Lainlah kalau sama-sama cikgu memang mudah nak minta tukar sama.

Tapi kalau ikutkan berkhidmat dah 10 tahun ni, kalau isi borang pindah mesti boleh dapat punya, negeri Pahang bukan negeri kebal macam Kelantan nun. 

Kita tunggu sikit waktu lagi..aamen moga dapat pindah balik kampung sendiri.

Aku ingin pulang, ya aku pun ingin pulang...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Baliklah... Bina banglo d kg spt guru2 kelate yg dpt pindah. In Shaa Allah, semoga berjaya tukar ke pahang...

    BalasPadam