Damai Beach Resort Santubong, Sarawak
Apa aktiviti masa cuti? Jom luangkan masa dengan keluarga cuti-cuti macam ni. Musim hujan pun macam ada tak ada jadi boleh lah pergi bercuti dengan senang hati.
Untuk percutian bulan 12 tahun 2020 ni kita nak pergi cari pantai. Memandangkan anak sulung ni (dan bapaknya sekali hehe) excited sangat nak main pasir kita layankan je sambil mencipta kenangan manis untuk dikenang dan ditatap.
Percutian ke Damai Beach Resort Santubong
Dah macam jadi rutin tahunan pula mesti pergi sini sebab tahun-tahun lepas pun sini juga lokasinya. Kalau di Kuching ni nak cari pantai yang betul-betul cantik dan membiru tu memang kurang. Pantainya beshe-beshe je.
Lokasi Damai Beach ni dalam 35 minit driving dari bandaraya Kuching. Kalau dari airport Kuching 40 minit. Kalau tak sebab pandemik ni memang penuh dengan pelancong omputih.
Apa menarik dekat Damai Beach?
Saya suka dengan environment suasana sekitar Damai Beach ni. Tenang dan aman berlatar belakangkan Gunung Santubong. On the way ke sana pemandangan hijau je.
Dekat Damai Beach ni ada banyak tempat menarik contohnya macam Taman Budaya atau Cultural Village, Kampung Buntal iaitu tempat ada jual banyak ikan dan hasil laut fresh dan restoran seafood.
Nak makan seafood dah siap-siap masak banyak pilihan lagi boleh pergi ke Telaga Air, 35 minit dari Damai Beach.
Tak jauh dari Damai ni ada satu lagi Resort yang orang kata lebih cantik lagi pantainya iaitu Damai Puri. Cuma orang kata Damai Puri ni..err..ada benda keras dan berhantu sikit. Wallahuaklam orang yang kata. Tak berani tulis lebih apa yang kita tak tahu.
Kalau nak makan, ada food court dan restoran sebelah tu je kalau nak murah sikit la, kalau nak mahal makan kat restoran resortnya lah hehe
Resortnya ada chalet, bangunan macam hotel. Memang cantik dan suasana yang tenang.
Kolam renang pun ada tapi sebab covid kolam renang dibuka weekday saja sebab weekend memang terlalu ramai orang.
Banyak aktiviti boleh buat macam sukan, hari keluarga, kursus dll kira macam lengkap ada dewan, gym dan taman permainan pun ada.
Beberapa gambar sebagai kenangan...
Catat Ulasan
2 Ulasan
bestnya! cantiknya view
BalasPadambaru sekali jer sampai sarawak
BalasPadam