Boleh tahan rasa Teh Hijau Ahmad Detox ni

Hujan-hujan macam ni memang sedap minum teh atau kopi panas. Feeling minum dia memang lain maciam. 

So kali ni saya try order teh hijau jenama Ahmad dari Shopee, ada teh hijau versi detox pula. Tak pernah minum yamg versi ni lagi. Minum yang versi biasa dah selalu dan rasa dia macam tu je lah.

Bila try Teh Hijau Ahmad detox ni memang sedap la pula rasa dia bila ditelan. Ada rasa mint gitu dan ada rasa lemon dan pedas berangin yang agak ringan. So ada rasa sedap di situ berbanding rasa teh hijau yang biasa hehe.

Memandangkan minum teh hijau ni memang berkhasiat dan bagus untuk bantu turunkan kolesterol, pecah2 kan lemak serta kuruskan badan, memang saya rekemen la teh hijau yang macam ni.

Beli di Shopee rm10 je untuk 20 paket. Ok tu murah. Kadang cari kat kedai atau pasaraya jarang jumpa teh hijau versi detox ni.

Ada rasa buah dan halia.


Bancuh 1 jug bersamaan 1 liter senang boleh minum sekeluarga

Memang bagus amalkan teh hijau ni, boleh menenangkan perasaan, boleh turunkan tekanan gula dan darah, boleh minum sebelum dan lepas workout serta macam-macam lagilah. 


Macam mana cara bancuh teh hijau? Rugi kalau bancuh 1 uncang 1 cawan. Bancuh 1 uncang dengan 1 liter air panas. Ada lebih boleh simpan untuk minum kemudian. 

Kalau nak jadikan teh hijau untuk diet, boleh juga campur sikit halia walaupun versi detox ni dah ada campuran halia pun di dalamnya.

Rujuk video cara bancuh teh hijau sebagai minuman untuk diet dan kurus dibawah ni :


Tapi nak kurus bukan bergantung pada minum teh hijau je kalau tak jaga makan, senam tak jadi jugak.

Tapi bila dah minum ni kena kerap sikit pergi tandas dan buang angin, nama pun ada halia dan detox hehe.

So lepas ni nak order banyak lagi la teh hijau versi detox Ahmad nih. Isteri pun suka minum. Kalau beli banyak2 di Shopee ni shippingnya cas sekali jer ye tak.

😘

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. sy baru je amalkan green tea.. tp try dilmah... ada rasa mint.. nnt boleh jgk try ahmad ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah dgr dilmah..boleh try cari lpas ni.thanks

      Padam
  2. Tak tahulah tekak sy susah betul nak terima rasa teh hijau, tu yg susah nak kurus kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau fikirkn kebaikan..insyallah bole minum...

      Padam
    2. kalau teh hijau biasa saya campur dengan limau nipis dan seinci halia...baru boleh telan kalau tak memang tak boleh telan....tapi buang angin tak payah cakap la...air kecil kerap la sikit bagi pemula...

      Padam
  3. saya mmg tgah cari review pasal teh ni

    BalasPadam
  4. nak tanya kalau minum teh detox ni perlu ke tambah gula...

    BalasPadam
  5. Cikgu, selalunya minum time bila ya? Risau nak keluar rumah tetiba sakit perut memaksa ke tandas 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh minum pagi atau petang..kalau takut tdk selesa perut, boleh cuba minum petang dlu

      Padam
  6. Boleh minum campur dengan Chia seed tak detox ni

    BalasPadam