Ok hari ni dah masuk hari ke 20 pakai semula nombor Celcom setelah tukar dari Digi. Speed agak stabil walaupun waktu malam dari jam 7.00 petang sampai tengah malam berbanding Digi haritu.

Coverage Celcom pun luas banyak tempat ada line.

Walaupun pakai plan rm35 dan plan unlimited, speed internetnya kira boleh pakai lah. Bila buat hotspot untuk anak tengok youtube tu laju dan kira cukup jugak 3gb untuk tengok sikit-sikit.

Saya pakai plan Celcom rm35 unlimited call dan data.

So review saya tentang plan Celcom prepaid rm35 unlimited ni kira berbaloi dengan harganya. Harap Celcom keep on dan jalan terus dengan plan ni dan besarkan lagi kuota untuk hotspot. Hehehe.