Minum teh boleh kuatkan tulang

Minum teh hijau boleh kurus ke? Boleh, dah berlaku pada saya. 

Tak percaya baca pos ini : Kurus Dengan Teh Hijau.

Kalau teh biasa boleh kurus ke? Boleh juga, kena jaga makan dan senam juga.


Apalagi khasiat teh? Jom baca artikel dari Hello Doktor ini...

Minuman teh sememangnya popular dan sering menjadi pilihan sebagai minuman sarapan pagi di seluruh dunia selain daripada kopi.

Oleh sebab minuman tersebut mengandungi pelbagai jenis mineral penting, ia boleh memberikan pelbagai jenis kebaikan kesihatan.

Ada banyak jenis kajian terdahulu telah membuktikan manfaat yang boleh dinikmati bagi mereka yang gemar minum teh.

Sebagai contoh, pada tahun 2002, kajian oleh Universiti Harvard telah menunjukkan pesakit jantung yang mengambil lebih daripada 14 cawan teh seminggu boleh menikmati kadar penurunan risiko kematian setinggi 39%.

Apa yang lebih menakjubkan adalah minuman lain yang mengandungi kafein seperti teh, coklat dan sebagainya tidak memberikan kebaikan yang serupa.

Perkara ini menunjukkan terdapat elemen atau bahan aktif lain yang berupaya menyebabkan kesan positif terhadap tahap kesihatan peminum.
Kebaikan kesihatan minuman teh tidak terhad kepada sistem kardiovaskular sahaja.

Kajian juga membuktikan bahawa pengambilan minuman teh boleh mempengaruhi ketumpatan tulang jika ia diambil secara kerap dalam satu tempoh masa yang panjang.

Jika anda ingin tahu apakah ia, teruskan membaca.

Minuman teh tingkatkan kekuatan tulang
Pada tahun 2002, Universiti Harvard telah menerbitkan satu kajian berkaitan dengan pengambilan minuman teh di Arkib Perubatan Dalaman.


Kajian tersebut melibatkan 1,037 subjek lelaki dan wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas.

Definisi bagi peminum teh tegar adalah subjek yang minum teh sekali seminggu selama 6 bulan sebelum bermulanya tempoh kajian.

Maklumat berkaitan direkodkan dan pengkaji mengukur nilai ketumpatan mineral tulang (BMD) pada tulang belakang, pinggul, leher dan ketumpatan tulang keseluruhan.

Dapatan kajian adalah seperti berikut:

Subjek peminum teh tegar melebihi 10 tahun mempunyai skor BMD yang paling tinggi.

Subjek peminum teh tegar di antara 6 hingga 10 tahun turut mengalami peningkatan pada skor BMD berbanding dengan mereka yang jarang minum teh.

Subjek peminum teh tegar di antara 1 hingga 5 tahun tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara pada bacaan BMD berbanding dengan mereka yang jarang minum teh.

Faktor yang mempengaruhi nilai BMD hanyalah durasi dan corak pengambilan teh.
Jenis teh tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan pada nilai skor BMD yang diperolehi oleh subjek.

Perkara ini boleh disebabkan oleh mineral di dalam teh itu sendiri seperti florida dan flavonoid yang bergerak bersama atau berasingan bagi memulihkan tahap ketumpatan tulang menyebabkan ia kekal kuat.

Sumber artikel adalah setelah mendapat keizinan dari web : Hello Doktor

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ouhh, baru kutahu..sekarang sedang berjinak jinak dengan teh hijau..huhu..Untuk pengurangan berat badan..gituhhhh

    BalasPadam