Musim banjir kilat sekarang ni. Hujan terlalu lebat selalu menyebabkan banjir yang teruk tak kira di jalan kampung atau bandar.
Haritu KL teruk kena banjir. Tengok rakan2 share di medsos teruk betul banjir. Di tempat saya pun tak ketinggalan kena banjir kilat.
Ni video meredah banjir balik dari sekolah :
Apa tu banjir kilat? Banjir kilat maksudnya ;
Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.
Macam mana kalau kita bawa kereta dan terpaksa lalu air banjir? Kalau air tu tak dalam sangat ok la tapi kalau air terlalu dalam baik tunggu air surut, tinggalkan kereta dan selamatkan diri dulu.
Bila kereta terpaksa juga nak mengharungi air banjir pastikan :
- Aircond ditutup. Supaya aircond tidak menarik dan menyedut air banjir yang kotor. Ini akan menyebabkan aircond karat dan rosak.
- Tutup radio dan lampu. Untuk elakkan berlaku short.
Ini tips untuk kereta lalu air banjir yang tak berapa dalam separas dengan tayar. Kalau dalam paras bonet, better bawa kereta pergi bengkel lepas tu. Nak redah boleh tapi sendiri mau ingat la macam kereta kelisa yang steady redah air banjir di KL haritu hehehe.
Ingat, bila dah redah air banjir, tengok pada kereta ada tak keluar signal gambar enjin. Kalau keluar better pergi bengkel terus.
Kereta yang jenis baru dan banyak komponen elektrik perlu lebih berjaga-jaga bila redah air banjir.
Banjir kilat naik air sampai tinggi parasnya. Kalau nak redah air tu memang tak berani. Bagus juga share tips ni. At least ada ilmu sikit kalau terpaksa redah air tu. Terima kasih
Catat Ulasan
8 Ulasan
KL skrg mmg senang sangat banjir kilat..too many constructions here & there. banyak longkang dipenuhi pasir mungkin antara punca banjir kilat.
BalasPadamBetul tu mnyebabkan saliran byk tersumbat..begitu juga sampah sarap.
Padamthanks for the tips..klo saya mau menangis..takot..terfikir gak cmner la nak redah klo kne..
BalasPadamSama2..bencana yg kita susah nk jangka banjir ni..sebab tu sekarang kereta digalakkan ambil insurans banjir
Padamyaya teringt pernah redah bnjir..mmg dalam giler..2-3 ari lps tu cek enjin menyala..haha melayang $$ =p
BalasPadamAduh sygnya $$ kan...stay safe musim banjir ni
Padam2 hari lepas pun hujan tempat saya... memang mencabar...sana sini air melimpah
BalasPadamBanjir kilat naik air sampai tinggi parasnya. Kalau nak redah air tu memang tak berani. Bagus juga share tips ni. At least ada ilmu sikit kalau terpaksa redah air tu. Terima kasih
BalasPadam