Saya sangat suka berlari, boleh dikata dalam seminggu beberapa kali juga berlari. Kurus dapat, maintain berat badan dapat, sihat dan konfiden level yang tinggi dapat. Yang penting kesihatan dapat. Walaubagaimanapun banyak lagi teknik senaman yang boleh dibuat untuk kurus selain dari berlari.
Berlari boleh membina otot tak? Kalau nak menurunkan berat badan dan kurus dengan berlari memang terbukti berkesan. Bagaimana pula dengan membina otot dengan berlari?
Jawapannya ada 2, berlari boleh membentuk otot dan juga berlari boleh mengecilkan otot. Bergantung pada jarak dan kelajuan larian. Ikuti perkongsian dari Dr ini. Sumber fb beliau.
Ini adalah gambar yang selalu digunakan di internet untuk membezakan antara pelari jarak jauh (Marathoner, kiri) dengan pelari pecut jarak dekat (Sprinter, kanan).
Secara amnya, gambar ini betul. Pelari pecut jarak dekat selalunya lebih berotot dan sasa berbanding dengan pelari jarak jauh. Ini disebabkan keperluan badan yang berbeza bagi jenis larian tersebut.
Bagaimanapun, dari segi kesihatan am dan ilmu anti penuaan (anti aging), pelari pecut jarak dekat itu lebih baik daripada marathoners.
Pelari pecut jarak dekat itu selalunya kelihatan lebih muda, lebih sihat, lebih tagap, lebih seksi dan lebih menarik sosok badannya.
Pelbagai kajian juga menyokong bahawa pelari pecut jarak dekat itu lebih sihat jantung, paru paru, otot dan tulangnya.
Saya sarankan untuk semua pelari yang inginkan kesihatan (bukannya ego), silalah hadkan larian anda sekitar 5 hingga 10km sahaja setiap sessi.
Tiada guna mau lari sampai bepuluh atau beratus kilometers kalau badan makin kurus, makin berkedut, makin bagantungan kulit, makin nipis otot dan makin tidak hensom tu muka ... kan 🤣
Sumber : fb Dr Rizin Kusop
https://www.livestrong.com/article/429810-sprinter-vs-marathoner/
Cikguzim : Jarang dapat berlari sampai 10km. Buat latihan LSD (long slow distance) bila ada event running je.
Berlarilah takat yang mampu jangan paksa diri. Berlari dekat lebih baik dari tak berlari langsung kann hehe. Petang2 tu dari skrol up skrol down telefon tengok fb sambil ternak lemak lebih baik pergi berlari betul tak?
Catat Ulasan
2 Ulasan
Paling penting warm-up dulu sebelum berlari atau mulakan aktiviti bersukan.
BalasPadamsaya prasan juga..cikgu..kalau tgk acara sukan larian ni ^_^
BalasPadamsaya dah lama xberlari..cikgu..
last berlari kejar bola hoki pada 15 tahun yg lalu
hahahhaa :D