Doa untuk memperbaiki diri
Ingin memperbaiki diri setiap hari? Doa ini sangat memberi kesan yang positif kepada kita.
Untuk berjaya dalam hidup kita mesti sentiasa ada improvement pada diri. Buang sifat buruk dan habit yang merugikan. Kena sentiasa istiqamah memperbaiki diri.
Tapi ramai yang tiada kekuatan untuk berubah. Dah tahu habit yang dia buat tu tak baik tapi susah untuk berhenti. Jadi untuk ada kekuatan dan keazaman supaya berubah kepada lebih baik kita kena berdoa pada Allah.
Ini doa yang Rasulullah ﷺ ajar untuk memperbaiki diri dan keadaan sekeliling. Riwayat hadis mengenai doa ini adalah sahih.
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.
Wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah keseluruhan urusan ku. Janganlah engkau serahkan diri ini kepada diri ku sendiri walau sekelip mata.
[Riwayat An-Nasaie]
Cubalah amalkan doa ini dengan betul-betul memahami maknanya dan dengan penuh pengharapan. InsyaaAllah akan ada perubahan pada diri dan hidup lebih bahagia dan tenang, percayalah.
Sumber : Mohd Yazid
Catat Ulasan
3 Ulasan
Salam Jumaat..syukran..
BalasPadamAmin..tq sharing cikgu :)
BalasPadamterima kasih sbb sharing
BalasPadam