Masih tiada larangan merentas negeri. Pengumuman terkini PKP 27 Julai 2020

• Sarawak dibenar menghadkan pergerakan perjalanan antara zon atau bahagian mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020.

• Kerajaan semak semula SOP Aidiladha dan ibadah korban setelah mengambil kira risiko penularan semula COVID-19.


• Kerajaan memutuskan menghadkan jumlah haiwan korban tidak lebih 10 ekor di lokasi dibenarkan.

• Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban dijalankan adalah 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

• Kerajaan galakkan sembelihan korban di pusat penyembelihan.

• Rakyat Malaysia yang jalani kuarantin di stesen kuarantin ditetapkan, hanya tanggung 44 peratus daipada kos sebenar.

• Warga asing perlu tanggung kos kuarantin, ujian COVID-19.

• Individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah tidak dibenar pulang ke kampung, solat sunat Aidiladha dan menerima tetamu.

• Ibadah korban boleh dilakukan selama empat hari bermula hari raya pertama Aidiladha.

• Tidak dibenarkan jamuan makan atau kenduri di lokasi penyembelihan kecuali makanan berbungkus.

• Hanya 20 tetamu dibenar berkunjung ke rumah pada satu-satu masa pada Hari Raya Aidiladha.

• Orang ramai boleh balik kampung untuk sambut Hari Raya Aidiladha. Tiada sekatan perjalanan rentas daerah atau negeri akan dibuat di seluruh negara buat masa ini.

~ DS Ismail Sabri.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah.
    Bila kerajaan dah bagi kelonggaran ni harap rakyat Malaysia sentiasa patuh SOP.

    BalasPadam
  2. Boleh balik, tapi risau kat yang berkumpul ramai2 kat mahkamah harini tu, jangan bawak penyakit merata dah lah huhu

    BalasPadam