Cara claim rm50 ePenjana muat turun je app MySejahtera

Semalam kerajaan dah umumkan cara untuk claim ewallet RM50 ataupun dikenali sebagai epenjana.


Apa itu eWallet? Sama ke tak dengan ePenjana?

Ewallet juga salah satu inisiatif pelaksanaan program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini dan ia dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat.

Pada yang masih belum tahu dan bersedia, sila download applikasi MySejahtera untuk menerima bantuan e-dompet RM50 itu. Kerana hanya mereka yang mempunyai applikasi MySejahtera sahaja akan mendapat bantuan tersebut. Harap Maklum!

Cara nak claimnya mudah saja cuma di hujung jari dan install menggunakan aplikasi.

Cara claim ePenjana RM50

Boleh claim mulai hari ini 31 Julai 2020. Pastikan:

1. Berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.

2. Muat turun salah satu aplikasi TNG eWallet, Grab atau Boost. SALAH 1 JE TAU BUKAN DOWNLIAD SEMUA KARANG HANG FON TU heehe.

3. Berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Boleh claim dari 31/7 - 24/9 & guna sblm 30/9.

Rujukan dan info lihat video ini:




Terima kasih kerajaan. Orang beri kita ambil lah hehe

Catat Ulasan

3 Ulasan