Hari minggu trafik blog ke laut, pace larian pun ke laut??

Salam hari minggu, biasanya bila tengok dalam statistik blog waktu hari minggu memang kurang trafik dari hari biasa. Memang betullah orang malas nak membaca waktu hari minggu termasuk la saya. Orang lebih suka view berbanding read pada hari minggu.

So post hari minggu ni lebih kepada santai-santai je lah. Petang tadi buat lagi larian setelah beberapa hari lari slow-slow je. Mencari semula stamina sejak PKPP dan dah mula masuk kerja ni. Memang kalau training home workout je, bila nak buat larian yang sebenar tu tetap jadi mengah jugak.

Statistik dan pace larian saya petang tadi

Dapat la juga lari 6km, sejak PKPP ni belum pernah lebih 10KM. Pace pun kebanyakan 6, 7, 8 ke atas.  Kebanyakannye 8 la hahaha. Dalam dunia larian ni pace bermaksud masa yang diambil untuk jarak setiap 1 KM. Makin kurang pace makin laju maksudnya.


Kalau dapat pace 5 pun kira cantik dah tu sebab laju tapi belum dapat lagi untuk setiap KM. Tengok Tengku Zafrul menteri kewangan kita tu update dia punya pace larian 4KM awal dan 4KM akhir larian dia dapat stabil pace 5, fuhh not bad as orang yang umur 40an. Kita yang 30an ni rasa sungguh tercabar.

So mesti kena kerap turun training lepas ni takleh malas-malas. Bila berlari dan bersenam ni dapat memberikan sindrom happy dan naikkan konfiden level. Bonus dapat hidup sihat serta ubah penampilan. Kita usaha. Berlari ni salah satu cara nak kurus dan maintain badan yang lean paling mudah. Yang penting konsisten je.

Muka tak berapa nak happy tak dapat kejar pace bawah 5 hahaha

So jom lah sambung berlari. Kalau anda rasa baru nak bermula berlari atau dah lama berlari tapi nak tambah ilmu larian boleh join grup2 larian dalam FB. Ada banyak, bila kita tengok post2 orang kita akan rasa nak bersenam dan berlari. Ini akan memberi kita semangat dan jadi konsisten.

Antara group larian yang ramai ahli korang boleh try join Malaysia Runner. Tanya je apa2 soalan berkenaan larian berebut orang nak jawab. Saya pun tak ketinggalan. Baru buat 1 2 post dah jadi viral. Bukan la nak menunjuk, jauh sekali, sekadar cari ilmu dan beri pandangan untuk dikongsi. Bila kita suka buat sesuatu yang baik, tak salah kongsi ilmu tu.

Post minggu lepas, 13 Julai 2020

Post beberapa hari lepas tu hehe 17 Julai 2020

So selamat bersenam dan melarikan diri lah ye. Amalkan gaya hidup sihat selalu dan patuh arahan pemerintah.

1 perkara lagi, kalau anda gagah bersenam dan berlari tapi tak solat maka akan tergolong dalam golongan orang yang sangat rugi. Solat bukan berpeluh pun, jangan tinggal solat.

Moga anda yang gemuk tu akan kurus lepas berlari lepas ni haha. Harap kes covid juga semakin hari semakin lenyap aamin ya rabb 🤲

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. harap-harap lepas ni saya akan terus semangat nak kurus..hahahha

    BalasPadam
  2. Ramai bizi jalan2 dan luang masa bersama keluarga agaknya cikgu

    BalasPadam
  3. Bestnya..dah lama tak lari kat luar. Last tahun bila entah.

    BalasPadam
  4. Selamat melarikan diri pada hari minggu ini.

    BalasPadam