Kelonggaran dan perkara yang boleh dibuat masa PKPP

Alhamdulillah banyak dah diberi kelonggaran masa PKPP yang dibuat dari 10 Jun sampai 31 Ogos 2020 ni. Lama juga tu. Elakkan terlalu selesa dan terus patuhi SOP dan norma baharu ni. Yes we can do it.


Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri dan kelonggaran perkara yang boleh dibuat masa PKPP

1. PKPB digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

2. Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali melibatkan kawasan-kawasan PKPD.

3. Semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat. Masjid boleh pergi dalam jumlah yang dihadkan.

4. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan semula. Jom naikkan ekonomi dalam negara dulu.

5. Sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan dan boleh balik beraya Haji tertakluk kepada SOP. Kelonggaran lebih ramai solat berjemaah sedang diperhalus.

6. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Semua cikgu masih boleh work from home dan boleh ke sekolah jika diminta pentadbir.

7. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, taman tema, kenduri, rumah terbuka dan aktiviti yang melibatkan orang ramai masih tidak dibenarkan.

8. Pasar malam, pasar tani, food truck dibenarkan.

9. Sukan melibatkan sentuhan seperti bola sepak, ragbi, bola jaring tak dibenarkan. Badminton, joging (alhamdulillah saya suka) konvoi motosikal dan lain2 yang tiada sentuhan dibolehkan. Gym juga dibolehkan.

8. Fasa normalisasi selepas 31 Ogos sehingga vaksin Covid-19 ditemui.

Alhamdulillah. Covid 19 di Malaysia semakin pulih walaupun di negara lain banyak yang meningkat. Allah saves us.
Kelonggaran dan perkara yang boleh dibuat masa PKPP Kelonggaran dan perkara yang boleh dibuat masa PKPP Reviewed by cikguzim on 9.6.20 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Moga sedikit kelonggaran ini kita hargai dan manfaatkan sebaiknya.Namun begitu tetap perlu berjaga-jaga.

    BalasPadam
  2. Moga Allah jaga kita semua.

    BalasPadam
  3. yang penting dah boleh rentas negeri

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.