Alhamdulillah kebanyakan masjid dah dibuka secara beransur-ansur. Rindu dah nak solat jemaah di masjid terutama solat Jumaat. Termasuk minggu ni dah berbelas kali terlepas berjemaah dek covid 19.
Lepas ni dah boleh solat jemaah di masjid secara berperingkat dengan beberapa SOP perlu dipatuhi dalam norma baru ni. Norma bukan normal ya.
Norma Baharu Solat Berjemaah di Masjid :
- Berwuduk dari rumah
- Membuat pemeriksaan suhu badan sebelum masuk masjid
- Memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer
- Membawa sejadah sendiri
- Golongan berisiko tinggi tidak dibenarkan hadir ke masjid terutama warga emas 70 tahin ke atas
- Amalkan penjarakan sosial di luar dan dalam masjid
- Tidak bersalaman selepas solat
Banyak dah kelonggaran fasa PKPP ni, harap cepat pulih dan ekonomi berkembang maju. Banyak kes covid 19 di negara asia semakin dapat dikawal.
Hari ni dengar berita baik dari New Zealand, penularan covid 19 dah pun tamat. Harap Malaysia pun macam tu tak lama lagi pulih sepenuhnya.
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#normabaharu

3 Ulasan
Semoga pulih seperti sediakala..
BalasPadamTu la. rindu sgt nak ke masjid. terasa kosong je jiwa bila x ke rumah Allah...
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamDapat berjemah di masjid