Rasanya perkara ni saya dah boleh agak kot sejak dari awal PKP lagi, mungkin cuti sekolah akan dipendekkan. Lama tu cutiii dalam waktu PKP. Tapi dalam cuti pun kerja dan tugasan online tak pernah miss buat. Rasanya cabaran bagi tugas online ni pun sama mencabar, perlu kesabaran.

Jadi hari ni KPM dah pun umum dan buat pindaan takwim sekolah 2020 dengan memendekkan cuti hujung tahun. Mula-mula ingat berita palsu je sebab lihat ramai orang share di fb tapi rupanya berita sahih.

Seperti yang semua sudah maklum, 24 jun 2020 (esok) akan dibuka untuk pelajar pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 iaitu untuk pelajar peperiksaan awam seperti SPM, SVM, SKM, SPM, STPM dan peperiksaan antarabangsa yang setaraf.

Sehubungan dengan itu kementerian pendidikan malaysia (KPM) akan melakukan pindaan takwim persekolahan tahun 2020 bagi penggal kedua untuk membantu pihak sekolah merancang PDPC pelajar. Oleh itu, pindaan adalah seperti berikut :

i. Cuti pertengahan penggal kedua akan dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari sahaja melibatkan kedua dua kumpulan iaitu kumpulan A (negeri yang bersekolah pada hari Ahad) dan kumpulan B (negeri yang bersekolah hari Isnin) 

ii. Cuti akhir tahun bagi sekolah sekolah kumpulan A akan dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari dan 41 hari kepada 13 hari untuk kumpulan B.





Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan takwim adalah 168 hari bagi semua sekolah. Manakala hari pembelajaran dirumah ketika PKP, PKPD, PKPB dan PKPP adalah sebanyak 56 hari bagi kumpulan A dan 55 hari bagi kumpulan B. Bilangan hari pembelajaran dirumah ini hanya terpakai bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja sementara bagi pelajar lain bergantung kepada bila mereka akan kembali semula ke sekolah kelak.



Sumber KPM. 

Ramai rakan guru yang dah merancang cuti hujung tahun terutama rakan semenanjung yang bertugas di Sabah Sarawak. Nampaknya mereka kena adjust tiket lagi. Harga tiket tengok dalam web tadi bukanlah seperti harga biasa.

Moga dipermudahkan...