Assalamualaikum salam Syawal, bagaimana dengan bil elektrik selama PKP dan PKPB ni?? Sejak Mac, April dan Mei duduk di rumah stay home kan? Mesti guna elektrik pun banyak dan of course bil elektrik akan naik.
Lihat di media sosial ramai yang share bil elektrik masing-masing yang naik mendadak. Ada bil naik sampai lebih 1k pun ada. Aduh! Kesiannya memang tak pernah dibuat orang, ye la sebab duduk rumah 24 jam. Ada juga tengok dalam berita semalam antara punca bil naik melambung sebab TnB silap kira. Macam ni pun ada, naya juga kita sebagai pengguna bil naik elektrik naik mendadak dengan tak munasabah. Ikuti beberapa tips ni untuk kurangkan bayar bil bulanan dan kurangkan guna tenaga. Harap membantu....
Bil lebih dari 1k?? Gilosss... Sumber gambar rakan fb
Apa peralatan elktrik yang banyak guna tenaga? Kena kenal pasti dulu dan lepas tu boleh elakkan guna secara kerap, guna bila perlu jer. Info menarik yang ramai terlepas pandang bahawa terdapat beberapa peralatan atau perkakas elektrik yang jadi punca bil elektrik melambung tinggi :
Microwave / Oven/ Airfryer
Pemanas.
Komputer.
Seterika.
Televisyen.
Pengecas telefon.
Aircond.
Lampu bukan LED.
Speaker.
Punca bil elektrik rumah yang mahal juga sebenarnya berbalik kepada cara kita guna elektrik dalam kehidupan seharian kita.
Cara jimatkan penggunaan elektrik dan kurangkan bayar bil bulanan:
1 - Guna alat elektrik yang cekap tenaga.
Macam mana nak tahu peralatan elektrik tu jimat tenaga? Jika anda biasa pergi ke kedai yang menjual peralatan elektrik, pasti akan terlihat label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik yang dipamerkan.
Label cekap tenaga tersebut adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, dan merupakan label yang menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan tersebut.
Kebanyakan alat elektrik di rumah saya 3 bintang je dan alhamdulillah bil bulanan biasa tak lebih rm50. Gunakan peralatan elektrik yang ada label bintang ni guys.
Label ini ada ditampal pada tv, kipas rumah, peti sejuk dan aircond, periuk elektrik dll. Gunakan alat elektrik yang ada banyak bintang. Yang ada 3 bintang pun dah jimat apatah lagi yang 5 bintang. Beli yang lebih banyak bintang, ia satu pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi.
2 - Gunakan peralatan elektrik yang sesuai dengan kemampuan atau speksifikasi rumah kita
Carilah alat elektrik yang paling optimum dan sesuai dengan keperluan dan kediaman. Kalau rumah yang sederhana, guna tv saiz 32 inci berbanding 48 inci. Kalau ruang rumah sederhana, guna cukup guna aircond berkuasa 1.5 hp berbanding 2.0 hp. Biasanya 1.5 hp aircond pun dah cukup sejuk.
Spek makin tinggi, tinggi la kuasa yang diguna. Untuk pastikan tidak berlaku pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaganya.
Kena fikirkan sendiri spesifikasi peralatan elektrik yang sesuai di kediaman anda. kalau gunakan peti sejuk, guna lah yang sesuai bergantung kepada berapa banyak bahan mentah yang disimpan (biasanya bergantung kepada bilangan anggota isi rumah)
Ingat, peralatan dengan spesifikasi terlalu tinggi akan menyebabkan pembaziran elektrik, manakala spesifikasi terlalu rendah akan menyebabkan beban dan penggunaan elektrik yang tinggi. Jadilah pengguna alat elektrik yang bijak.
3 - Tutup suis dan cabut soket
Ni amalan susah nak buat tapi jadi mudah kalau kita biasakannya. Berapa ramai yang tutup suis dan cabut plug lepas tengok tv? Jarang kita lihat kan. Tutup dan cabut suis televisyen apabila tidak ditonton lagi. Tutup suis komputer dan cabut apabila siap kerja. Tutup suis lampu apabila keluar dari bilik atau tandas. Tutup suis periuk nasi dan cabut plug apabila selesai masak nasi. Tutup dan cabut plug kipas lepas digunakan.
Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis apabila peralatan elektrik tidak digunakan dan cabut plug. Kalau letak pada standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja.
Jadikan amalan mencabut plug dan soket selepas digunakan sebagai rutin harian. Hasilnya memang dapat jimatkan elektrik.
Lepas tutup suis, cabut soket daripada plug sebab ada yang mendakwa kalau soket masih terpasang, tenaga elektrik masih mengalir dan tetap dibazirkan. Banyak boleh jimat jika kita amalkan mencabut plug lepas guna peralatan elektrik. Saya sendiri pun jarang sebenarnya cabut soket lepas menggunakannya. Opss..
4 - Guna Penebat (Insulation).
Fungsi penebat haba ini ialah untuk mengurangkan haba memasuki rumah sekaligus menyejukkan dalaman rumah. Kosnya tidaklah terlalu mahal dan bergantung kepada bajet anda.
Terdapat dua jenis penebat yang anda boleh gunakan iaitu :-
Roofing insulation.
Cat insulation.
Memasang roofing insulation atas atap rumah. Sumber gambar : rooftop.com.my
Aluminium foil juga boleh dipasang pada syiling rumah sebagai penebat haba. Rumah akan stay cool je nanti.
5 - Guna peralatan elektrik dengan betul
Guna alat elektrik ikut kemampuannya. Sebagai contoh, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10kg, maka pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat tersebut.
Pendingin hawa, jika ditetapkan pada suhu terlalu rendah, akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Walhal, jika tetapkan pada suhu 25-27 °C pun sudah memadai.
Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka dan ditutup, juga akan menyebabkan pembaziran tenaga. Begitu juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak barang sehingga hampir penuh, turut akan menyebabkan peningkatan penggunaaan tenaga.
Kuncinya, cara jimat elektrik yang efektif adalah dengan menggunakan peralatan elektrik dengan betul.
6 -
Optimumkan penggunaan aircond.
Macam saya kata pada point no 5 tadi, guna suhu 25-27 saja dah memadai untuk sejuk dan kurangkan rasa panas. Guna suhu yang paling rendah akan meningkatkan tenaga. Aircond bila suhu dah sejuk dan stabil, tukar daripada cool mode kepada dry mode.
Gunakan aircond yang sesuai dengan saiz sekitar. Seperti yang saya terangkan di atas, ruang yang sederhana cukup pakai 1.5 hp berbanding 2.0 hp. Kalau ruang bilik pula 1.0 hp pun dah cukup.
Kenali saiz ruang dan berapa hp aircond yang sesuai dengan ruang tu
Elakkan on off aircond dengan kerap. Setiap kali on aircond, tenaga akan digunakan dengan banyak untuk memulakan aircond tu. So bila rasa dah terlalu sejuk dan rasa nak guna aircond lagi pada hari tersebut, tukar mode saja. Tukar kepada dry mode atau fan mode.
Baca lebih detail
Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Aircond
7-
Guna Mentol LED.
Guna mentol lampu yang betul akan jimatkan penggunaan elektrik. Gunakan lampu LED, lampu yang bukan LED memang banyak yang guna tenaga. Sekarang banyak lampu LED di pasaran, gunakan yang berjenama supaya lebih tahan lama.
Perbandingan lampu LED dengan lampu jenis lain. Sangat menjimatkan
Tutuplah lampu bila tak guna elektrik contohnya bila keluar dari bilik tutup lah lampu. Guna bila perlu. Guna lampu LED sangat menjimatkan tenagah elektrik
8 - Hadkan guna peralatan elektrik
Tetapkan waktu nak guna alat elektrik. Buat peraturan berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda.
Hadkan masa tontonan televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah. Hadkan juga masa penggunaan pendingin hawa, cukup untuk sekadar hilangkan rasa panas sahaja.
Simpan air panas dalam termos, supaya air tidak perlu dipanaskan berulang-ulang kali menggunakan cerek elektrik. Gunakan cahaya matahari semulajadi untuk menerangi rumah pada waktu siang berbanding menggunakan cahaya lampu.
Semua ini adalah contoh cara-cara untuk menghadkan penggunaan elektrik. Jadilah pengguna yang bijak, bil jimat poket pun senang hati :)
Catat Ulasan
16 Ulasan
Memang meningkat bil semenjak guna smart meter ni..Lebih-lebih lagi musim PKP ni..Macam tak smart meter ni..Boleh cuba tips ni
BalasPadamSelalu jg dgr komplein psl smart meter ni..tak berbaloi kan
Padamgeram tul tgok bil letrik zaman PKP ni...
BalasPadamWaktu pkp petrol jimat..letrik lak tak jimat kan
PadamBoleh pitam tengok jumlah yang terpapar..aduhai.
BalasPadamBerdebar nk tunggu next bil
Padamwah tips yang baik ni cikgu :)
BalasPadamHarap membantu :)
Padamalhamdulillah bil elektrik bulan nih rendah betul
BalasPadamitupun dalam housemate asyik dok lupa tutup lampu rumah lah bilik air lah
hahahaha
Alhamdulillah..kalau guna lampu led memang menjimatkan
Padamharap bil elektrik rumah saya tak lah tinggi sangat
BalasPadamInsyallah sebab tnb akan cek balik
PadamBil elektrik rumah saya maintain je, RM30++, hidup berdua je, tkde aircond plak tu, hehe.
BalasPadamMemang lg jimat tu..tapi saya pakai 2 peti sejuk dan 1 aircond..alhamdulillah tak pernah bil lebih rm50
PadamPelik ku dgn komen bila bill elektrik tinggi. Alasan Pakai mcm biasalah tp bill tinggi, tnb hack meter dan mcm2..wa hal meter tu bergerak berdasarkn pnggunaan sndiri. Tnb xblh nk kawal pn meter.. Sekadar tukar dr analog ke digital..
BalasPadampd korng yg bill tnggi, Suis elektrik terletak pd korg. Korg On, jln lh meter. Korg xon xgerak lh meter.
Rasa tnb tipu, pe kata korang bt eksperimen sendri. Korg akan tahu jwpn sndri.
Setiap bulan bill elektrik berbeza peratusan potongan.. cuba lihat.. pernah dapat 25% potongan masa PKP.. kalau x perhatikan betul2 mmg xtahu bill ade potongan dan x.. bulan 1 ade 15% potongan (ade org xdapat pon) dan bulan dua ada potongan ape entah RM15... ke ikut nasib jee.. hahahaa
BalasPadam