Awas telur tamat tempoh boleh sebabkan keracunan

Seram dan sedih dengar pasal keracunan makan puding buih beberapa hari lepas. Punca keracunan disebabkan puding buih tu menggunakan telur yang dah basi atau pun yang dah tamat tempoh. Jangan buat main kalau makan sesuatu yang dah tamat tempoh. Kalau makanan tu dah sampai expired date dia jangan sesekali sayang nak simpan lagi. 

Lagi 1 kalau beli makanan online ni kena jaga2 juga sebab mungkin dah dimasak lama dan dah basi. Lagi2 kalau beli online dari tempat jauh. Disebabkan kes keracunan puding buih, lebih 90 orang dari 20 keluarga sakit (ramai tu!) dan dah sebabkan 1 kematian. Al fatihah untuk arwah dan semoga yang lain cepat sembuh.


Ketahui tanda2 telur dah rosak dan dah lama so tak boleh digunakan lagi (Sumber gambar Public Health Malaysia) Antaranya :

- Telur ada lapisan berdebu
- Telur terapung dalam air
- Kulit telur dah retak
- Kulit telur berlendir
- Berbau busuk dan hanyir
- Warna putih telur berubah

Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian. 

Selagi ada rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut.

Banyak kali dah terbeli telur dah basi ni. Biasa kalau basi kita boleh detect bau dia, tapi kalau dah berbau dan masih guna untuk masak disebabkan nak jual untuk keuntungan memang tak patut.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Betul tu jgn ambil mudah..kena amalkan Lihat, Hidu ,Rasa sebelum makan

    BalasPadam
  2. Biasa pd kotak, ada tulis bila expired

    BalasPadam
  3. bila manusia lebih mengejar duit dari benda lain itu lah jadinya... kesian betul dengan arwah yang meninggal sebab keracunan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bila fikir nk untung sgt org lain jd mangsa

      Padam
  4. Telur dah tamat tempo atau telur dah sejuk kalau PC pangilnya..baunya pun tak sedap.Kuningnya dah cair..bercampur dengan telur putihnya..sebaiknya buanglah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..sy pn pelik juga, mesti berbau dan rasa lain macam

      Padam
  5. Sampai ada yang meninggal
    Simpati betul

    BalasPadam