Standby cikgu dan murid sekalian, sekolah tak lama dah nak buka

Hari ni banyak tersebar surat arahan dari KPM minta guru-guru di luar stesen untuk bersedia balik ke tempat bertugas masing-masing. Ye memandangkan ramai cikgu terkandas di kampung sebab kerajaan buat PKP fasa 1 masa cuti sekolah bulan 3 haritu. Balik kampung terus terkandas di kampung. Jeles tengok kawan-kawan dapat puasa penuh dan raya di kampung masing-masing. 

Surat arahan kembali bertugas guru ke stesen masing -masing. Arahan ini adalah rasmi dan sahih

Walaupun berada di kampung tahniah di ucapkan kepada semua rakan cikgu sebab pdp online tetap on.  Kursus online cikgu-cikgu pun tetap on juga. Saya pun tetap dapat jalankan pdp online walaupun sambutan dari murid agak sederhana disebabkan masalah data dan line. Harap semua murid dapat buat ulangkaji  kendiri je,  memang susah pdp online ni sebenarnya sebab tak semua orang ada kemudahan smartphone dan internet terutama murid di kawasan pedalaman.

Jangan kata data dan internet, ada murid yang ibu bapanya takde smartphone pun, pakai telefon yang biasa-biasa. Harap dalam Jun atau Julai ni sekolah akan buka.

Tapi khabarnya sekolah menengah terutama murid tingkatan 5 dan 6 yang ada peperiksaan besar dulu akan  mula sekolah dan perlu ikut SOP yang ditetapkan KPM. Harap semuanya berjalan lancar.

Ini sumber dari Fb dr Noor Hishan berkenaan pembukaan sekolah..
.......

Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. 

Dr Noor Hisham menunjukkan contoh penjarakan sosial dalam kelas.

Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.

Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan. Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.

Sumber fb Dr Noor Hisham.

Walaubagaimanapun tiada arahan menyuruh guru untuk bertugas wajib masa ni. Masih boleh laksana pdp online dari rumah. Depend pada pentadbir untuk guru di bawahnya hadir bertugas ke sekolah sebagai persediaan.

Murid-murid dan ibu bapa bersedia ya! Kita berusaha mencegah covid 19, seterusnya kepada Allah kita bertawakkal.

8 ulasan:

  1. Mohd ke kita wei..lama dah cuti tu

    BalasPadam
  2. hahah, my siblings will cry after this. happy workinggg. <3

    BalasPadam
  3. Selamat kembali bertugas cikgu.
    Murid mungkin tak naik lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Form 5 dan 6 dulu khabarnya sekolah dulu...tq wak

      Padam
  4. Bole la slogan 'jom kembali ke sekolah'.. biasa hujung tahun utk bdk2 sekolah, kli ni utk cikgu2 pulak, selmat memulakn tugas utk cikgu2 semua

    BalasPadam
  5. Moga semuanya Allah permudahkan dan lindungi dengan kasih sayangNYA.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.