Tak tidur lena dibuatnya bila musim covid ni kena demam dan sakit tekak

Ini cerita lebih seminggu lepas dan perkara ni nak masuk 14 hari dah. Waktu petang Sabtu hari ke- 15 Ramadan lepas badan rasa seram sejuk dan menggigil macam nak demam, bila dah masuk waktu malam lepas Isyak tu memang dah demam dan tak larat nak buat tarawikh. Rugi betul rasanya bila terlepas solat tarawih 1 hari sebab memang tak miss setakat ni.

Akhirnya saya kena demam selama 1 hari dan esoknya kena sakit tekak. Bila kena macam ni mula la rasa tak sedap hati bila kena demam waktu musim covid. Dalam fikiran ni mula lah fikir macam-macam ada simptom covid 19 ke aku ni padahal memang waktu keluar rumah memang dah amalkan langkah pencegahan pakai topeng muka dan guna hand sanitizer. Saya keluar rumah bila perlu je dan keluar dalam selang 3-4 hari sekali untuk beli barang. Memang rasa tak sedap badan sangat haritu.


Di tempat saya tinggal sekarang ni pernah jadi zon kuning tapi dah bertukar zon hijau hampir seminggu dah cuma kat sini kalau pergi keluar pasar atau ke kedai memang ramai orang berduyun-duyun macam takde apa-apa dah, tak takut langsung dan mengecewakan! Social distance rasanya macam dah kelaut sejak sebelum PKPB lagi. Saya risau takut jadi kes sporadik je, virus melekat kat mana-mana virus ni mudah tersebar dan setakat post ni ditulis kes seluruh dunia dah cecah lebih 4.5 juta! Rasa benda ni makin dekat-makin dekat namun Alhamdulillah atas kehebatan Dr Noor Hisyam dan team KKM kes di Malaysia makin berkurang.

Berbalik kepada demam tadi, bila dah demam mula la gigih 'meng' google pasal simptom Covid-19 ni. Antara simptomnya yang saya jumpa adalah :

Demam, batuk, sakit tekak (alamak), selsema, cirit birit, sakit kepala (saya ada sikit2 dan sekejap2), kerap pergi tandas atau cirit-birit pun simptom dia jugak, sakit-sakit badan, keletihan, mata lebam, susah nak bernafas.


Antara-simptom dan tanda-tanda covid 19

Saya cuma ada 2 tanda di atas iaitu demam dan sakit tekak, sakit kepala sekejap tapi dah hilang. Hati mula gundah gulana nak pergi buat test covid ke tak ni?? Ish2. Tapi bila tengok simptom demam pada badan saya ni mula berkurang petang Ahad tu baru ada rasa lega sikit cuma yang tinggal rasa sakit tekak. Mungkin saya sakit tekak tu disebabkan minum air sejuk tiap kali berbuka, mungkin juga. Saya fikir kalau kena covid pun (nauzubillah) kenapa anak dan isteri sihat walafiat je takde demam jugak. Mula lah rasa lega, dan esoknya sakit tekak pun  dah hilang. Alhamdulillah syukurrrr...

Simptom covid 19 dari hari ke hari. 

Saya terbaca kalau kita ada simptom covid, sekiranya demam, demam tu akan berlarutan dan semakin teruk di susuli rasa susah nak bernafas, batuk makin teruk, dan  simptom-simptom lain tu akan muncul sekali, waktu tu tolong lah pergi cek dekat doktor cepat-cepat okayyy. Tapi tindakan paling bijak adalah terus pergi cek bila ada salah 1 tanda covid supaya boleh dirawat awal. Bukan jadi macam saya cuma biarkan demam kebah sendiri tak pergi cek doktor nasib baik bukan si covid tu huhu. Kalau demam tu semakin membaik maknanya bukan covid la tu dan memang jenis saya ni memang biasa kena demam 2-3 kali setahun.

Saya ada juga terbaca, bila kita demam ni sebenarnya ada kebaikan juga sebab badan bertindak balas terhadap penyakit yang menyerang kita, waktu tu la badan membina imuniti untuk melawan penyakit dan membunuh kuman-kuman. Jadi kalau kita demam beberapa kali dalam setahun tu ada eloknya juga untuk badan. Kalau tak pernah kena demam langsung dalam beberapa tahun mungkin ada something wrong pada badan.

Ini antara cara mengubat demam guna ubat dan rawat demam tanpa ubat. Namun, hanya untuk demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi. Sumber info : KKM


1. Banyak minum air
Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.

2. Makan hidangan ringan
Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup. Bukan makanan rapu.

3. Mandi air suam
Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

4. Jangan selimut
Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. Tapi saya biasa buat berselimut supaya ada peluh keluar dan lepas tu rasa lega sikit

5. Makan ubat
Makan ubat seperti Paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

6. Mendemah
Mendemah? Tak pernah dengar lagi perkataan ni rupanya maksud dia lebih kurang mentuam. Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan. Letak ais juga boleh sekejap-sekejap.

Bila kita perlu jumpa doktor kalau demam?

Biasanya, demam akan pulih jika kita makan ubat yang sepatutnya. Namun, jika anda mempunyai gejala yang serius seperti di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera. Takut-takut, demam denggi pula.

1. Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
2. Baru pulang dari perjalanan luar negara.
3. Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
4. Sakit perut, mata atau tulang pipi.
5. Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
6. Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
7. Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
8. Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
9. Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
10. Demam berkaitan dengan kecederaan

Cara cegah demam :

1. Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
2. Mengamalkan kebersihan .
3. Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
4. Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
5. Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Moga kita semua baik-baik je dan tak demam, bila demam ni mula la semua aktiviti tergendala dan duduk terbaring je. Moga dijauhi dari demam covid 19 juga dan untuk waktu ni kalau ada simptom terus pergi cek doktor, ingatlah orang yang tersayang.  Dengan keberkatan bulan Ramadhan ni didoakan covid-19 ni terus hilang dari muka bumi Malaysia dan juga dunia. Aaameeeen



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Aamiin. Moga negsra kita segerabebas covid 19ni ya cikgu.

    BalasPadam
  2. betul cikgu, kalau dah dlam keadaan virus, jgn kata demam, batuk sikit pon dah risau dia lain macam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal kan...tapi cuaca skrg panas hujan memang membawa kepada batuk

      Padam
  3. amin..semoga kita semua dijauhi daripada penyakit

    BalasPadam
  4. faham.. musim ni kalo sakit kepala pening pun da risau.
    apa lagi batuk2 sakit tekak..

    BalasPadam
  5. Get well soon and pls take care!! May Allah heal the world too. Aamiin aamiin.

    BalasPadam
  6. aritu kat tempat saya hujan lebat seharian, malam pun hujan lepastu esok nya panas... maghrib tu saya berbuka dengan ais... nikmat betul tapi malam nya tu hujan lebat pagi tu mula lah saya batuk dan sakit tekak... debar dah rasa, tapi badan tak panas... saya tawakal je lah hari tu rasa takde keluar ke mana kecuali ke opis je... tapi alhamdulillah makin petang dah makin ok maghrib tu saya tak minum ais dah... elok la lega sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca panas ni, ramai yg demam, kne mandi sokmo baru bdn segar

      Padam
  7. Dengan perubahan cuaca ni sat sejuk sat panas, kadang memang rasa nak demam je. Kena pulak kurang minum air sebab berpuasa. Semoga cpt sembuh ya.

    BalasPadam