Pdp online akan menjadi trend dalam norma baharu

Sekolah masih belum dapat buka. Sekolah akan jadi institusi terakhir yang akan dibuka lepas pandemic covid 19 reda di Malaysia ni sebab kalau nak buat social distance di sekolah memang cukup payah terutama sekolah rendah. Adalah mustahil tak nak bagi murid bergerak waktu dalam kelas walaupun kerusi meja susun jauh.

Apa cerita laaa anak2 murid saya ni ya

Jadi pembelajaran online lah yang akan menjadi satu titik permulaan pembelajaran masa kini. Trend pembelajaran maya ni  adalah masa depan, itulah yang PM rayu kepada semua guru dalam ucapan sempena perutusan hari guru hari tu supaya dalami kemahiran pengajaran atas talian.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru guru-guru agar mendalami kemahiran pengajaran secara atas talian dan home-based learning, sebagai kebiasaan baharu dalam bidang perguruan. 

Kata PM lagi pembelajaran maya adalah masa depan dalam pendidikan. Justeru, proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya akan terus diperkasa.

Bagi saya pdp online mungkin senang bagi sesetengah orang dan mungkin susah bagi kebanyakan orang  especially di bahagian kampung dan pedalaman. Sukar dilaksana bagi mereka yang tempat takde line. Ada line tapi respon pula kurang. Dari 15 orang murid yang diberi tugasan tak sampai 10 yang participate. Itu cuma bagi kerja melalui whatsapp. Belum lagi buat google classroom, google meet, zoom dll sebab belum ada kemahiran itu lagi.

Mengajar online dan berdepan jauh betul bezanya bagai langit dan bumi.

Jadi buat masa ni cuma perlu bertabahlah wahai cikgu-cikgu sekalian. Janji tugas dah buat seperti yang diamanahkan. Keberkatan gaji itu yang dicari. Respon dan homework anak-anak murid tu no. 2 sebab masing-masing ada masalah sendiri.

Harap dalam  norma baharu ni KPM akan rancang pembelajaran yang lebih mesra alam untuk digunakan  supaya murid dapat memberi lebih kerjasama.
Pdp online akan menjadi trend dalam norma baharu Pdp online akan menjadi trend dalam norma baharu Reviewed by cikguzim on 19.5.20 Rating: 5

4 ulasan:

  1. semoga dimudahkan urusan cikgu.

    wife sy cikgu pun selalu share pasai kerja skolah online ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasangan kpd seseorg yg bergelar cikgu mesti sgt memahami perkara ni

      Padam
  2. Banyak cabaran kalau nak buat online class. Bukan semua orang ada gajet canggih dan sesetengan kawasan line Internet agak perlahan/tiada sambungan langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kadang kesian ada yang tak biasa pakai data internet terpaksa topup data untk join kelas dlm wassap..

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.