Solat sunat Aidilfitri pun boleh buat secara berjemaah di rumah

Memang sedih dan lain sangat raya tahun 2020 ni, semuanya berubah hampir 360 darjah. masuk hari ni dah masuk lebih 9 minggu tak ke masjid. Nanti raya boleh solat sunat Aidilfitri di rumah saja seperti solat sunat Tarawikh kah? Boleh saja, amalan sunat kan. Ini panduan solat sunat Aidilfitri di rumah dari Ust. Khairul Anuar Basri.

Hukum solat sunat aidilfitri ini adalah sunat muakkad ke atas tiap-tiap seorang Islam yang baligh berakal.

Sunat muakkad bermaksud perbuatan sunat yang amat dituntut seperti solat tarawih dan ibadah korban.Rukun-rukun syaratnya adalah sama seperti yang ditentukan bagi solat fardhu yang lima, kecuali terdapat tambahan beberapa perkara yang sunat.



Perkara sunat tersebut ialah bertakbir tujuh kali pada rakaat yang pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap dua takbir. Ia dikerjakan sebanyak 2 rakaat, sunat dilakukan secara berjemaah tetapi boleh juga dibuat bersendirian. So jika ada pertanyaan bahawa boleh ke solat sunat Aidilfitri bersendirian jwapannya adalah BOLEH. 

So masa raya nanti jangan la solat sorang2 je tapi ajak la juga kaum keluarga di rumah tu juga, macam solat fardhu yang lain juga. Boleh ambil feel solat raya walaupun tak dapat ke masjid.

Tahun ni memang cemas. Bukan saja cemas sebab Corona Virus, tetapi juga cemas sebab ada bulan Ramadhan. Masjid dan surau ditutup. Jadinya, bapak-bapak mesti jadi imam solat terawih dan witir di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Datang hari raya, cemas lagi. Sebab masjid dan surau masih lagi tutup. Jadinya sekali lagi, bapak-bapak mesti jadi imam solat. Kali ini solat Aidilfitri di rumah masing-masing.Tambah cemas bila solat Aidilfitri kena baca khutbah lepas solat. Macamana nak buat tu?

So, saya bagi panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya untuk bapak-bapak jadikan sebagai panduan.

Jangan takut! Lawan!

Solat Sunat Aidilfitri.

Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.

Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.

Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.

Rindu nak dengar takbir raya

Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.

Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.

Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

Khutbah pertama.

Ucap “Alhamdulillah”.

Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

Khutbah kedua.

Ucap “Alhamdulillah”.

Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.

Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.

Then, boleh la bersurai.

Itu je pun. Tak susah kan? Sempoi giler.

Ada 12 hari lagi nak berlatih ye. Kalau boleh jangan la yang basic sangat. Tambah la sikit perisa biar sedap tak nampak kering.

Terutamanya yang bahagian khutbah hari raya tu.

Agak-agak susah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. Kemudian baca.

Selesai...

Masih bimbang?

Jangan takut! Lawan!

Kalau takut nak lawan sorang-sorang, lawan ramai-ramai. Share panduan ni dekat semua bapak-bapak yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.

Kita lawan sama-sama.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Nanti dengar takbir raya mesti sebak je rasa

    BalasPadam
  2. alahai, ok ini memang syahdu lah rasa solat sunat aidilfitri kat rumah..huhuhu

    BalasPadam
  3. Tak terfikir lagi pasal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pun belum terfikir pasal ni lagi. Huhu.

      Padam
  4. Ramadhan kian mensyusut harinya.Syawal semakin mendekat.Tapi entah kenapa perasaan berat.Sarat dengan rasa yang pelbagai.Allah,izin kami semua berkumpul.Aamiin.

    BalasPadam
  5. Nampak dah iras2 new normal. Hahaha. Aril singgah sini kejap ye cikgu. Aril followers terbaru blog cikgu. Nnti blh la jenguk blog aril. Jngn lupa, follow sekali :) Hehehehehe

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, ada negeri yang dah umumkan akan di adakan solat hari raya bersyarat. Tapi kita better solat rumah je la. Bagi AJK masjid je langsungkan sunat muakkad di masjid tu kan

    BalasPadam