Salam aidilfitri 2020 dari perantauan

Salam aidilfitri 2020 kepada semua di mana jua anda berada. Raya yang special dalam norma baharu dan alhamdulillah masih boleh beraya lagi dengan takbir raya di rumah, solat sunat raya, baca khutbah raya semuanya dilaksanakan dirumah.

Walaupun tak dapat balik kampung beraya, raya tetap raya. Kuih raya on, lemang dan rendang on, baju raya tak on sebab recycle tahun-tahun lepas punya. Takpa lah sebab tak keluar beraya,  kita jaga kita.

Tak dapat keluar beraya, masih boleh beraya di media sosial, memanfaatkan teknologi yang ada. Kenangan ni akan di kenang sampai bila-bila.

Parking beberapa gambar raya 2020....

Tak dapat jumpa raya, jumpa online ☺

Tahun ni dah berempat

Tahun depan? Nanti dulu la hehe

Jalan2 petang raya ambil gambar

Tak beraya rumah orang menyahut seruan kerajaan


Cuaca baik petang ni


Keluar beraya sehari je, esok sambung stay safe stay home. That durian-shape virus still out there. #kitajagakita ##savetheelders

Bila dikenang Ramadhan yang dah berlalu...
Walaupun dalam musibah pandemik Covid 19, puasa tahun ni memang special dan bermakna kan? 

Banyak masa panjang waktu Ramadhan 2020 kali ni kan? Sedih betul bila ia dah berlalu pergi. 

Dapat tarawikh penuh...
Dapat baca Quran penuh sampai khatam... 
Subuh berjemaah penuh...
Dapat bersama dengan keluarga...
Dapat work from home...
Dll...

Kita takkan jumpa Ramadhan macam ni lagi tahun depan sebab Covid 19 dah pun pulih sepenuhnya (aamin ya rabb)

Selamat hari raya 2020 yang akan di kenang dalam ingatan sampai bila-bila..

Selamat hari raya maaf zahir batin semua.
Salam aidilfitri 2020 dari perantauan Salam aidilfitri 2020 dari perantauan Reviewed by cikguzim on 24.5.20 Rating: 5

9 ulasan:

  1. selamat hari raya cikgu =)

    BalasPadam
  2. salam lebaran
    maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir & batin..

    BalasPadam
  4. aamiin..moga covid19 lenyap jd boleh raya spt tahun2 lalu tapi sebenarnya raya tahun ni pun tak kurang menariknya dgn kita boleh bersolat tarawih bersama keluarga dan ketua keluarga boleh jadi imam solat aidil fitri...

    BalasPadam
  5. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.