Ringkasan ucapan PM sempena Hari Pekerja 1 Mei 2020

Intisari ucapan PM ke-8 Tan Sri Muhyiddin sempena hari pekerja 1 Mei 2020. 

1) PKPD akan dilaksana di kawasan zon merah.

2) Sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei 2020 secara berhati-hati dengan SOP kesihatan yang ketat. 

3) Bagaimanapun sektor seperti melibatkan orang ramai seperti pawagam, bazar ramadan, bazar Aidilfitri masih tidak dibenarkan.

4) Sukan yang melibatkan sentuhan juga tidak dibenar seperti bola sepak dan sukan dalam dewan.

5) Sukan tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.

Beberapa sektor terpilih dibolehkan beroperasi untuk menjana ekonomi. Yang stay at home teruskan stay home dan patuhi arahan. Dah jelas PM bagi arahan.

6) Bagaimanapun Kenduri, aktiviti keagaaman seperti solat jemaah masih tidak dibenarkan.

7) Pergerakan rentas negeri termasuk pulang ke kampung untuk Aidilfitri tidak dibenarkan.

8) Restoran boleh dibuka mulai 4 Mei dengan mengamalkan penjarakan sosial.

9) Semua sekolah, kolej juga masih belum dibuka.

10) Bagi mengelakkan kesesakan di stesen pengangkutan awam, semua majikan disaran melaksanakan waktu kerja anjal.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Syukur sek masih ditutup. Bln2 puasa baik dok beramal n berehat d rumah je.

    BalasPadam
  2. Kehidupan sekarang tidak lagi seperti dulu

    BalasPadam