Cara bayar zakat fitrah online yang mudah di hujung jari jer

Alhamdulillah.. kali pertama bayar zakat fitrah online.. prosesnya mudah sahaja.. cuma feel tu rasa kurang sket..


Saya membayar zakat fitrah melalui online sahaja. Bayar zakat biasa seperti zakat pendapatan pun memang tiap tahun bayar online, mudah dan cepat. Resitnya kalau hilang boleh generate semula untuk claim pelepasan cukai.
Caranya memang mudah, contohnya bagi negeri Selangor, kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah Rm7.00 kemudia ikut step :
1. ISI MAKLUMAT PEMBAYARAN
Masukkan nama penuh
Nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Jenis zakat (pilih zakat fitrah)
+ Pilih jenis beras (jenis yang biasa kita makan)
i. RM 7 Beras Super Spesial Tempatan 5%
ii. RM 14 Beras Wangi, Beras Perang, Beras Ponni, Beras Putih Import, Beras Pulut
iii. RM 21 Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
Pilih Jumlah Tanggungan
Jumlah Bayaran akan dipaparkan.
2. PILIH KAEDAH BAYARAN
(pilih yang biasa guna)
Perbankkan Internet FPX
Pembayaran JomPAY
3. MAKLUMAT PEMBAYARAN ZAKAT
Pilih bank
Masukkan alamat emel
Klik seterusnya
Anda akan dibawa masuk ke perbankan internet mengikut bank yang dipilih. Ikut arahan dan proses selesai. Berjaya bayar zakat secara online. Resit akan dihantar melalui emel anda.
Pembayaran juga boleh dibuat melalui applikasi Boost, Gopayz, MYEG, Pos Online dan perbankan internet oleh bank.
Selamat membayar zakat gais. Tunaikan kewajipan kita.

*Ini Kadar Zakat Fitrah 2020 di Malaysia*:
Selangor: RM7, RM14, RM21
WP: RM5, RM7
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Penang: RM7, RM16
N9: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM5, RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM 14
Tranung: RM 7
Klate: RM7
Sabah: RM6, RM7.50
Sarawak: RM7
Sebab masih dalam PKP, majoriti negeri tetapkan *BAYAR FITRAH SECARA ONLINE*. Ini link untuk membayar zakat fitrah secara online mengikut negeri yang anda tinggal. Digalakkan untuk membayar di negeri yang anda tinggal ya.

Jangan lupa download aplikasi SnapNpay untuk memudahkan pembayaran.

1. Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
2. WP : zakat2u.com.my/payment/fast
3. Kedah : jom.zakatkedah.com.my
4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
6. Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
8. Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
9. Pahang : bit.ly/2KljrRA
10. N9 : bit.ly/3eEbyEB
11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E
12.Johor : fitrah.maij.gov.my
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp
14. Sabah : bit.ly/3bucJo
Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sblm solat raya_
Majoriti negeri *GALAKKAN* pembayaran *ONLINE*. Ada sesetengah negeri je Amil masih ada dgn syarat ketat.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah zaman ni memang semua boleh hujung jari kan..

    BalasPadam
  2. Sekarang mudah..online kan ada..tak dak alasan tak bayar zakat..

    BalasPadam