Resepi dan cara buat ayam pansuh aka manuk pansuh masakan tradisional Iban
Manuk/manok bermaksud ayam, pansuh bermaksud masakan yang dimasak di dalam buluh. (Maaf kalau salah, mungkin maksud pansuh ada definisi yang lebih tepat.)
Resipi Ayam Pansuh (Manuk Pansuh) a traditional Iban meal.
Ok, bahan-bahannya adalah seperti berikut :
Seruas buluh lemang. Ya buluh lemang tersebut adalah buluh yang sama macam kita orang semenanjung buat lemang tu.
1/2 ekor ayam yang dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan
3 biji bawang putih
2-3 kuntum bunga kantan
3 cm halia
3 batang serai
Garam @ serbuk perasa
Secekak pucuk ubi diramas.
Cara-cara untuk memasak adalah :
1. Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.
2. Bersihkan buluh.
3. Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat. Bahan² yg lain hanya perlu dipotong ikut cita rasa sendiri.
4. Pastikan ayam telah dibersihkan.
5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, serai, halia, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan dalam satu masa.
6. Gaul dengan garam / perasa secukup rasa sehingga sebati.
7. Masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
8. Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
9. Seterusnya, bakarlah buluh tersebut di atas bara api lebih kurang setengah jam.
10. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.
11. Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.
12. Kalau tiada buluh, boleh gunakan buluh sebagai ganti. Cuma aroma dan keasliannya tak seperti rasa kalau dimasak dalam buluh.
Baca juga : Apa yang dimaksudkan dengan Gayu Guru Gerai Nyamai?
Berjaku Iban sekali sekala kalau salah iboh marah saya mohon maaf :)
#manok #pansoh #bamboo #chicken #traditional #iban #dayak #recipe #sarawakian #cuisine #jungle #herbs #spices #hariraya #asia #malaysia
Catat Ulasan
7 Ulasan
Pertama kali dengar ni
BalasPadamwah macam best..ada bunga kantan mesti wangi kan
BalasPadampernah makan ayam pandan yg dimasak dlm buluh semasa mengajar di Sabah dulu.
BalasPadampernah makan di Bau, sedap juga.
BalasPadamWow nampaknsedap.. mama xpenah Cuba ni
BalasPadamKalau masak dlm periuk boleh je nak tiru aroma buluh tu, bubuh sedikit serbuk green tea maka jadilah.
BalasPadamSalam
BalasPadam