Pampers bocor memang memeningkan kepala, nak cuci 1 hal, tapi bila cik najis baby tu terkena pada baju dan tilam baby lagi pening kepala nak mencucinya. Sebenarnya senang je cara nak elak pampers bayi mudah bocor, bocor di sini maksudnya untuk elakkan najis bayi tu dari terkeluar walaupun dah pakai pampers.
Tips ni pun saya pernah baca di fb. Bila try memang menjadi. Sebenarnya apa-apa jenama pampers pakai buang pun ok walaupun ada setengah yang nipis dan tebal. Walaupun pakai yang tebal tapi boleh terkeluar juga najis bayi tu kalau tak pakai dengan kemas.
Bila dah ada anak kedua ni dah tahu boleh pilih je pampers pakai buang yang murah sikit, ok je pakai bila kena cara pakainya, anak selesa dan tak bocor.
Cara untuk elakkan pampers bayi bocor :
Sebelum pakaikan kena perahkan dulu pampers tu, regang-regangkan sikit biar strech. Perah tu macam kita ramas dan perah baju. Bila dah regang baru pakaikan dekat bayi sebab pampers tu dapat dipakai dengan lebih kemas jadi ini akan elakkan air kencing atau t**i yang berlebihan terkeluar dari pampers. Ikut step dalam gambar.
Ramaskan kuat tapi jangan sampai pecah pula pampers tu hehe
Pampers yang terus dipakai tanpa diperah atau ramas mempunyai struktur yang keras dan tu pun penyebab bayi pun tak selesa pakai. Itu yang kadang merengek bila pakai lama, kadang ruam pun mudah timbul bila tak selesa.
Nak mudah lagi rujuk video ini cara elak pampers baby bocor...
Moga pampers tak bocor lagi dah lepas ni. Jangan tension2 pampers bocor dah..
Catat Ulasan
7 Ulasan
Wow bagus tips Ni.. model pun alhai comelnya
BalasPadamNasib model memberi kerjasama hehe
Padamanak buah saya ramai hehe anak2 sepupu..
BalasPadamtapi sorang pun sy x penah uruskan diorang tukar diapers wakakaka..
Cubalah try nnti..its fun sebenarnya tukar diapers comel je 🤣
Padamfuh ada tip rupanya, dulu anak masih kecil, mmg sering bocor esp malam ari.
BalasPadamrindu nak layan baby, cepatnya anak membesar
Moga dimurahkan rezeki dpt baby lagi 😀
Padamwah terima kasih kongsi ilmu dan info cikgu, saya tak kahwin lagi,tapi boleh simpan ni untuk rujukan nanti
BalasPadam