Nyamannya menghirup kopi waktu petang!

Salam 7 Syawal. Ramadhan dah meninggalkan kita, lepas raya sambung pula dengan puasa 6 tapi hari ni cuti dari puasa 6 esok atau lusa sambung lagi. 

Petang ni baru dapat semula nikmat hirup kopi waktu petang sambil lepak depan tv. Selama bulan puasa dan baru raya haritu mana ada masa nak minum kopi sebab kenyang dengan menu-menu yang ada.

Terbaik kombinasi ni, kuih bahulu dan kopi..pehhh

Kalau waktu bukan bulan puasa minum kopi ni memang aktiviti harian paling kurang pun 2 cawan sehari. Itu sebab bila masuk je bulan puasa hari tu hari pertama kena sakit kepala dan lemah badan akibat 'caffein withrawal'. Dahsyat juga penangan kopi ni rupanya. 

Selain menghilangkan rasa mengantuk, kopi berfungsi untuk memberikan tenaga, membakar lemak dan tingkatkan metabolisme. Itu antara sebab saya jadi peminat kopi tegar sejak dari 2016 lagi bila 'menemui' fungsi kopi sebagai fat burner dalam dunia fitness dan sukan. Dan dah biasa pun minum kopi tak letak gula langsung.

Nak minum kopi apa untuk kurus? Apa-apa kopi asalkan ia bukan kopi 3 in 1 dan tidak campur gula. Kalau minum kopi 3 in 1 ni tak bagus untuk jantung dan buah pinggang sebenarnya sebab tinggi gula. Kalau yang jenis kopi 'kuat macam harimau' tu lagi la perlu elak, silap haribulan boleh kena serangan jantung. Minum la kopi biasa macam Nescafe dan Indocafe. Saya lebih suka Indocafe O tak letak gula.

Antara lain khasiat kopi :

Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. 

(Kredit info pelajar2u)

1. Kopi Boleh Membuatkan Anda Lebih Bijak

Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka.

Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, yang sekarang sudah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia.

Selepas minum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak.

Banyak kajian berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.

2. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.

Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.

Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.

Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulakan kerja yang berat.

3. Kopi Banyak Nutrisi Yang Baik

Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda.

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:

Riboflavin (Vitamin B2)
Pantothenic Acid (Vitamin B5)
Manganese dan Potassium
Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

4. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis.

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!

5. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia

Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini.

Ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson

Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer.

Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak.

Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya.

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%

Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko.

6. Kopi Boleh Melindungi Hati 

Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain.

Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

7. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira

Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda.

Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya.

Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.

Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

8. Kopi Mencegah Risiko Kanser

Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:

Kanser hati
Kanser kolon

Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%

Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.

Amboi banyaknya khasiat kopi...tapi...

Jangan minum berlebihan ya kopi cukup sehari paling banyak 3 cawan sehari dan jangan minum kopi yang terlalu panas biarkan  kopi sejuk sikit. Saya ada baca beberapa artikel kopi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain jika diminum terlalu panas.

Jom mengopi...
Nyamannya menghirup kopi waktu petang! Nyamannya menghirup kopi waktu petang! Reviewed by cikguzim on 30.5.20 Rating: 5

11 ulasan:

  1. Mama Ni mmg coffee person sedapntu cicah bahulu

    BalasPadam
  2. Sama ngn bunda kopi hitam dengan biskut tawar ..oo nikmat..apa lagi time bersahur aritu..

    Salam ukhwah dan selamat hari raya dari bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bulan puasa mmg xdpt minum kopi smada sahur atau berbuka hehe..Salam hari raya bunda...

      Padam
  3. Memang kena dah tu kopi dgn bahulu

    BalasPadam
  4. Wak biasanya ngadap kopi malam2.
    Segar mata ngadap lt

    BalasPadam
  5. I am coffee lover, setiap hr atleast 1 cwan, pagi @ Ptg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti kena minum kan kalau tak minum kopi tak lengkap 1 hari

      Padam
  6. sudah lama juga saya meninggalkan amalan minum kopi ini..

    memnag tidak dinafikan kopi punyai khasiat yang tinggi dan luarbiasa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.