Polis akan datang beraya ke rumah kalau rumah anda kelihatan meriah di hari raya 2020 ni

Biar gambar berbicara. Dalam media tv, radio, media sosial dah beritahu tahun ni tak boleh balik raya untuk kita putuskan rantaian jangkitan, korbankan raya untuk tahun nii je.

Tapi ramai yang masih degil nak balik raya. Tadi baca di berita online ramai betul orang ramai cuba nak balik raya ke Kelantan dan ada juga yang terlepas dari sekatan sebab ikut jalan alternatif. Macamana boleh terlepas tu?? Hish degil betul lah...

Kita yang dah patuh arahan PKP ni rasa bengangg je dengan sikap orang yang macam ni. No raya tahun ni, raya sendiri-sendiri je. Elak aktiviti kunjung  mengunjung fizikal, jumpa online je guna teknologi yang ada kalau tidak polis datang beraya ke rumah anda sekali macam dalam gambar ni...


Memang ada kawan2 yang duduk dalam kawasan yang sama ni ajak datang rumah beraya nanti tapi ikut keadaan sekarang ni kena pentingkan kesihatan dan patuh arahan pemerintah. Kalau beraya pun rasa tak sedap hati jugak. Alaaa tahun ni je berkorban la sikit....
Polis akan datang beraya ke rumah kalau rumah anda kelihatan meriah di hari raya 2020 ni Polis akan datang beraya ke rumah kalau rumah anda kelihatan meriah di hari raya 2020 ni Reviewed by cikguzim on 20.5.20 Rating: 5

2 ulasan:

  1. sy x buat persiapan utk raya. kalau org nak dtg sila tel dulu. makan je apa yg ada.

    BalasPadam
  2. Bukan senang nak buat perubahan kepada norma baharu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.