Trend buat duit lumayan dengan Youtube tapi mana untung, Blog atau Youtube?
Macam mana nak mula dan jadi Youtuber yang berjaya?
Antara cara nak bermula jadi youtuber dan juga cara nak jadi youtuber yang berjaya adalah :
- Ada niat dan semangat yang berterusan. Bila dah ada niat baru la rasa tak jemu. Semangat ni akan membuatkan kita berterusan nak buat video sampai la berjaya. Setengah orang boleh berjaya dengan mudah tapi sesetengah perlu usaha yang berterusan.
- Sentiasa tingkatkan kualiti video. Kalau pandai edit video tu kira bonus bagi seorang youtuber. Tak semestinya kena edit video canggih sangat cukup sekadar dapat tunjuk gambar atau caption tulisan dalam video. Sekarang tak perlu guna komputer dah nak edit, guna je apps dalam smartphone. Antara apps yang boleh guna untuk edit video : KINEMASTER, INSHOT (saya suka yang ni) , PICSART, VIVAVIDEO PRO, FILMORAGO, POWER DIRECTOR, dll. Kena banyak explore cuba jaya dan main apps tu banyak video yang cantik korang boleh buat! Lagi suka orang tonton video tu nanti.
- Bersosial dengan youtuber yang lain. Sama juga macam berblog kita blogwalking dan berkomen2 di blog orang. Kita subs dan tinggalkan komen pada video orang, orang akan datang tengok video kita jugak.
- Buat je asalkan anda minat. Selagi ia video original memang boleh dapat view banyak. Contoh macam Sugu, ada video yang biasa2 je dia share macam cara gosok dan bersihkan kuali pun boleh dapat view yang banyak. So rajin2 la rakam video aktiviti anda.
- Rajin share di media sosial. Guna platform macam facebook, twitter, ig, atau blog untuk promote saluran Youtube yang kita ada.
Life is so unfair..di luar negara contohnya macam di Amerika sana budak2 pun pandai buat duit dengan youtube. Video yang di share cuma tiktok tapi dapat juta2 view. Income yang dapat ada ribu2, ratus2 ribu dan jutawan pun ada. Gaji youtube lebih tinggi dari kerja makan gaji.
Tapi satu je nak pesan, sebab nak view dan viral punya pasal jangan share yang bukan2 nanti diri sendiri pun susah dan boleh datangkan malu. Share la sesuatu yang bermanfaat. Nanti bila dah mati, roh dalam kubur merayu2 pula minta padamkan video yang sia2 tu kan sapa yang susah? Haa kena beringat..
Bila lihat peluang ni, semakin rasa seronok nak berblogging dan vlogging. Youtube pun boleh jadi medium sampaikan maklumat Pdp yang baik juga. Mungkin 1 hari nanti gaji dengan Adsense ni boleh lebih dari gaji jadi cikgu? Hehehehe aamin sempena bulan Ramadhan mulia ni....
Catat Ulasan
14 Ulasan
Good sharing cikgu
BalasPadamSama2 ambil manfaatnya
PadamBestnya kalau dapat sedikit side income dari laman social ni kan
BalasPadamMemang best, boleh simpan buat pergi cuti2 Malaysia nanti hehe
PadamYer boleh pelbagaikan income, tetapi Sugu antara 1 dalam seribu..bertuah sungguh. dia ada aura dan kelebihan dia sendiri.
BalasPadamSeorang yang berbakat, yakin diri dan level artis ye jgk
Padamkalau dapat buat dua-dua pun bagus jugak, blog maintain, buat video di youtube pun bagus, bawak followers blog atau youtube ke medium masing-masing, kena pandai buat strategi:)
BalasPadamSetuju, pengaruh di blog dah ada boleh bawa ke youtube juga.saling melengkapi...kalau kena dengan strateginya memang boom hehe
PadamMedia sosial ni macam satu rantain..bolek klik satu sama lain.Cuma perlu rajin dan cara yang tepat.
BalasPadamSemuanya di hujung jari sekarang, antara nak dengan tidak saja.
PadamKena bijak merebut peluang.
BalasPadamYup peluang tu sudah di depan mata
PadamSetiap kejayaan pasti didahului usaha dan keyakinan :)
BalasPadamBetul apa yg cikgu nyatakan...dulu blog sgt popular utk org baca..skang org lbih suka layan video...apa2 pn tahniah cikgu...semangat sy baca apa yg cikgu tuliskan
BalasPadam