Ucapan dari cikgu kepada guru Selamat Hari Guru 2020

Kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji 
mendidik dan memimpin 
putra putri negara kita...~

Inilah lagu hari guru yang didendangkan di sekolah setiap kali sambutan hari guru peringkat sekolah. Tahun 2020 ini lain betul suasana dan perasaannya. Tema hari guru  tahun 2020 ini ~ Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu.

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang pernah memberi ilmu dan mendidik diri ini terutama ibu bapa ku, orang sekeliling, semuanya bergelar guru kerana telah berjaya mendidik ku dari kecil hingga dewasa. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik ganjaran..Insyaallah.

Selamat Hari Guru 2020


Tahun ni tak dapat terima hadiah huhu. Biasa memang boleh tahan juga hadiah. Terima kasih kepada anak didik yang pernah memberi hadiah dan ucapan sebelum ni dengan ucapan dan harapan rajin-rajin baca buku dari Cikguzim!

Sedikit sejarah mengenai sambutan Hari Guru di Malaysia :

Kenapa sambutan ‘Hari GURU’ di Malaysia jatuh pada 16 Mei setiap tahun, sedangkan Hari Guru Sedunia (World Teachers Day) ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Objektif-objektif Hari Guru adalah seperti berikut :

1- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Throwback gambar 2011 ketika 1st posting menjadi guru. Pen merah mesti ada sentiasa tu sebab senang nak menanda jawapan murid.

Selamat Hari Guru...

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. selamat hari guru buat warga pendidik semoga beroleh kejayaan dunia akhirat, aamiin

    BalasPadam
  2. Selamat hari guru kepada cikgu zim dan semua guru di malaysia

    BalasPadam
  3. selamat Hari Guru Cikgu Zim, semoga dalam rahmat Allah selalu.Eh, sama pula tahun posting kita, tahun ini tahun ke-10 menyambut hari Guru, cuma sedikit istimewa,sebab hari guru pada musim PKP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari guru juga kpd cikgu cikmatahariku..sy dulu kpli hehe..terasa lain sambutan kali ni sebab kalau di sekolah memang byk aktiviti waktu hari guru

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Selamat hari guru.. Sila lah dtg ke http://akuman85.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum..

    Selamat hari guru Cikguzim semoga jasa jasa cikgu yg dicurahkan kepada pelajar dibalas Allah S.W.T setimpalnya, aminnn.

    Salam Blogwalking puasa.
    Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    BalasPadam